TENTANG KAMI
- Home
- TENTANG KAMI
Tentang KAYM
Melaka mempunyai tinggalan sejarah silam yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Selain pelancongan, bidang pendidikan juga dapat menggamit penghijrahan lebih ramai anak muda bagi melanjutkan pelajaran ke negeri ini. Perkembangan bidang pendidikan yang bermutu menjadikan Melaka sebagai Koridor Ilmu di rantau ini.
Penubuhan KAYM mendapat sokongan penuh kerajaan negeri Melaka dan dirasmikan sepenuhnya pada 23 Mac 1997. Berpegang kepada visi menyediakan pendidikan antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.
Program Pengajian
KAYM menawarkan pelbagai program pengajian terkini peringkat ijazah, diploma, sijil dan kursus-kursus profesional yang berkualiti sesuai dengan keperluan industri semasa.
Work-Based Learning (WBL)
KAYM mempraktikkan pendekatan pembelajaran berasaskan tempat kerja kepada program-program yang ditawarkan, memastikan pelajar bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Modal Insan Berkemahiran
Bagi mendepani cabaran semasa, KAYM menawarkan program-program yang amat diperlukan dalam industri sekali gus melahirkan Modal Insan yang memiliki kemahiran bersesuaian.
Jaringan Industri
Dengan melebarkan jaringan mencakupi pelbagai bidang bersama rakan strategik, KAYM memberi jaminan pekerjaan kepada pelajar selepas tamat pengajian.
Melaka — Koridor Ilmu
Perkembangan bidang pendidikan yang bermutu menjadikan Melaka sebagai Koridor Ilmu di rantau ini. KAYM memberi peluang pelajar mengubah nasib dan masa depan dengan memberi jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian.
