MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Program DIPLOMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING ini memberi pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan kecekapan dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Keperluan terhadap perkhidmatan kaunselor profesional yang bertauliah semakin meningkat seiring dengan peningkatan gejala-gejala sosial.
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran dan lulus dalam Matematik dan Sains di peringkat SPM; atau
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.