Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial

Selamat datang ke Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial (SCMS) – sebuah sekolah baharu yang menyatukan kluster Media Kreatif dan Sains Sosial di bawah satu identiti progresif dan inovatif. SCMS diwujudkan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh, merangsang kreativiti pelajar, dan mengukuhkan penglibatan sains sosial dengan masyarakat.

SCMS percaya bahawa pendidikan yang berkesan bukan sahaja membina pengetahuan, tetapi juga membentuk graduan yang berfikiran kritis, kreatif, dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. Dengan gabungan disiplin kreatif dan sosial, sekolah ini menyediakan platform untuk pelajar mengembangkan potensi penuh mereka, meneroka idea baharu, dan mempraktikkan kemahiran secara realistik dalam dunia sebenar.

Sebagai entiti akademik yang dinamik, SCMS juga berperanan sebagai pusat inovasi, kerjasama antara disiplin, dan penghubung dengan industri serta komuniti. Melalui pendekatan ini, SCMS bertekad melahirkan generasi masa hadapan yang inspiratif, berdaya saing, dan bersedia memimpin masyarakat.

Slogan kami, “Mencetus kreativiti, membentuk generasi, memimpin masyarakat,” merangkumi visi SCMS untuk menjadi peneraju dalam pendidikan kreatif dan sains sosial, serta membina asas kukuh bagi pembangunan intelektual, sosial, dan profesional pelajar.

Bidang-bidang di bawah SBHM sentiasa berkembang dan memerlukan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi permintaan industri. Sejajar dengan keperluan ini, SBHM mengambil langkah proaktif dengan menawarkan program-program diploma yang relevan, terkini dan diiktiraf industri.



Melalui transformasi ini, Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial (SCMS) muncul sebagai sebuah entiti akademik yang dinamik dan berpengaruh dengan slogan “Menginspirasikan kreativiti, membentuk generasi, dan menerajui masyarakat.”