ICYM — Reputasi, Kualiti dan Pembangunan Institusi
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Reputasi, Kualiti dan
Pembangunan Institusi

ICYM terus komited dalam memperkukuh kualiti pendidikan, pembangunan staf, kecemerlangan akademik dan kolaborasi strategik bagi melahirkan graduan yang berdaya saing serta relevan dengan keperluan industri.

29 Tahun pengalaman dalam dunia pendidikan negara
5 ★ Penarafan MyQuest — penarafan kualiti nasional
ISO Pensijilan MS ISO 9001:2015 pengurusan kualiti
Tentang Kami

Reputasi dan Kualiti

Menginjak usia ke-29 tahun di persada dunia pendidikan negara, ICYM telah membuktikan bahawa program yang ditawarkan, fasiliti yang disediakan dan pentadbiran yang berkualiti telah melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi.

ICYM telah memperoleh penarafan 5 bintang MyQuest, pensijilan kualiti MS ISO 9001:2015 dan tampil sebagai institusi pengajian tinggi pertama di Melaka yang menerima Sijil Pengiktirafan Approved Training Organisation (ATO) daripada Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA).

Di samping itu, ICYM turut menjadi tonggak pelaksana pelbagai kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ke arah melahirkan graduan yang relevan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Pembangunan

Kepimpinan & Pembangunan Staf

ICYM memberi keutamaan kepada pembangunan kemahiran kepimpinan dan peningkatan kompetensi staf melalui penglibatan aktif dalam pelbagai kursus serta bengkel profesional.

Pelaksanaan kursus direka secara seimbang mengikut keperluan akademik semasa, pengurusan kualiti menyeluruh dan pembangunan kemahiran insaniah.

Program

Latihan dan Bengkel Staf

  • Bengkel 2U2I On Work Based Learning (WBL)
  • Bengkel MOD Open & Distance Learning (ODL)
  • Bengkel Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Kursus Train The Trainer 2020 for ICYM Staff
Tenaga Akademik

Staf Akademik

Kakitangan akademik ICYM sangat komited dalam memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sejajar dengan keperluan global. Fokus diberikan kepada kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran praktikal dan keupayaan menterjemahkan idea serta teori kepada realiti.

ICYM mempunyai kekuatan seramai 82 orang pensyarah dan kakitangan akademik di tiga (3) buah sekolah, satu (1) program kerjasama, sebuah pusat bahasa dan pengajian umum serta sebuah pusat hubungan industri. Kakitangan akademik berkelayakan dengan kepakaran Ijazah Sarjana, Sarjana Muda, Diploma, Sijil dan Lesen Profesional.

Jaringan Global

Kolaborasi Strategik

ICYM telah menjalinkan kolaborasi dengan pihak industri serta institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara sejajar dengan misi dan visi ke arah menyediakan peluang pendidikan bertaraf global.

Kolaborasi ini membuka peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam program yang sama seperti yang ditawarkan oleh universiti rakan kerjasama.

Rakan Kerjasama Utama

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA)