Pengambilan Pelajar Baharu ICYM Kini Dibuka • Semak Kelayakan
Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial

DIPLOMA DIGITAL MEDIA

Melahirkan tenaga profesional dalam bidang media kreatif digital yang berkemahiran dalam produksi kandungan, penyiaran, komunikasi digital serta teknologi media moden..

3 Tahun MQF Tahap 4 WBL – Pembelajaran Berasaskan Kerja MQA Diiktiraf
6+ Laluan Kerjaya
4 Semester Pengajian
1 Tahun Latihan Industri
MQA Pengiktirafan
Perihal Program

Penghasilan Kandungan Media Digital

Diploma in Digital Media (DDM) ialah program berasaskan amali yang membekalkan pelajar dengan kemahiran industri dalam pelbagai bidang media kreatif. Ia merangkumi pelbagai bidang seperti produksi video, perfileman, fotografi, reka bentuk grafik, animasi, 3D, multimedia dan kandungan digital, bagi membentuk graduan dengan kemahiran industri yang menyeluruh dalam bidang media digital.

Melalui pembelajaran berasaskan projek dan persekitaran studio, pelajar akan menguasai keseluruhan proses produksi daripada pembangunan idea, pra-produksi, produksi hingga pasca produksi. Program ini akan melahirkan graduan yang kreatif, berkemahiran teknikal, serba boleh dan bersedia memenuhi keperluan industri kreatif digital.

Selain itu, program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menyertai program Industrial @ Campus di ICYM Global, yang memberi mereka pengalaman industri yang berharga. Pengalaman ini memperkaya pengetahuan praktikal pelajar dalam aspek media kreatif sambil memperkukuh kemahiran teknikal mereka.

Dengan kombinasi pengetahuan teori, kemahiran praktikal, dan pengalaman industri, graduan Diploma Digital Media akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan merebut peluang dalam industri media kreatif dan teknologi yang semakin berkembang pesat.

MQR SEMAK
Akreditasi Program — Malaysian Qualifications Register Program ini telah didaftarkan dan diiktiraf dalam MQR di bawah Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semak status akreditasi penuh program ini secara rasmi.
MQA Diiktiraf MQF Tahap 4
Kelebihan Program

Mengapa Pilih Diploma Teknologi Media ICYM?

📡

Kurikulum Relevan Industri

Sukatan pelajaran dirangka selaras dengan keperluan industri media, merangkumi produksi media digital, penyiaran, komunikasi visual dan teknologi kandungan.

🎥

Kemahiran Praktikal Produksi

Pelajar didedahkan kepada latihan amali dalam penghasilan video, audio, fotografi dan penyuntingan menggunakan peralatan serta perisian profesional.

🌐

Pendedahan Platform Digital

Program ini memberi pendedahan kepada penghasilan kandungan untuk pelbagai platform seperti media sosial, penyiaran digital dan aplikasi interaktif.

📋

Pembangunan Kreativiti & Komunikasi

Pelajar dilatih untuk menghasilkan kandungan kreatif, menyampaikan mesej dengan berkesan dan membangunkan identiti media yang menarik.

💼

Peluang Kerjaya Luas

Graduan berpeluang menceburi bidang penyiaran, produksi media, pengurusan kandungan digital, komunikasi media dan industri kreatif.

🎓

Laluan ke Pengajian Lanjutan

Program ini menyediakan asas kukuh untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Media, Komunikasi, Multimedia atau bidang berkaitan.

Senarai Kursus

Struktur Program Pengajian

01ENGLISH FOR MEDIA TECHNOLOGY AND ART 1
02ISU ISU KEKELUARGAAN ISLAM
03PENGENALAN FILEM & SENI DIGITAL
04REKABENTUK VEKTOR
05REKABENTUK REKALETAK DIGITAL
06KOMUNIKASI VISUAL
07KO-KURIKULUM
08HUBUNGAN INSAN
09PENGIMEJAN DIGITAL
10SINEMATOGRAFI
11ASAS KEUSAHAWANAN
12ASAS PENULISAN & PENGARAHAN SKRIN
01PERLEMBAGAAN & MASYARAKAT BERINTERGRITI
02PENERBITAN BULETIN TV
03REKABENTUK PRODUKSI TV DAN FILEM
04SUNTINGAN VIDEO NARATIF
05LAKONAN KAMERA
06REKABENTUK ANIMASI GRAFIK
07PRODUKSI FILEM PENDEK
08PENGURUSAN PRODUKSI
09REKAAN DAN PERMODELAN 3D
10E-MEDIA
11FOTOGRAFI
12 PEMIKIRAN KREATIF
01PEMBANGUNAN MULTIMEDIA
02PENERBITAN AUDIO
03ETIKA & PERUNDANGAN MEDIA KREATIF
04PROJEK AKHIR
05LATIHAN INDUSTRI
Syarat Kemasukan

Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU

Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU

Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU

Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

DAN Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.

Prospek Kerjaya
Pengarah Video & Filem Jurukamera Penyunting Video & Filem Penulis Skrip Filem Pengurusan Produksi Penolong Penerbit Penolong Pegawai Perhubungan Awam Social Media Content Creator Photographer Digital imaging artist Pereka grafik Pereka multimedia Pereka animasi grafik Pereka bentuk 3D

Bersedia untuk Memulakan Kerjaya Media Anda?

Daftar sekarang dan terlibat dalam dunia media kreatif yang penuh peluang dan inovasi. Tempat adalah terhad bagi setiap sesi kemasukan.

Hubungi kami +606 281 7732
E-mel informasi@icym.edu.my
Lokasi Melaka