REPUTATION AND QUALITY

Stepping into its 24th year in the realm of national education, KAYM has proven that the programs offered, the facilities provided, and the quality administration have produced highly employable graduates. KAYM has obtained a 5-star rating. MyQuest, the quality of MS ISO 9001:2015 and emerging as the first higher education institution in Melaka to receive the Recognition Certificate ‘Approved Training Organisation (ATO) dari Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA). Di samping itu, ia juga menjadi tonggak pelaksana pelbagai kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah agensi-agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ke arah melahirkan graduan yang relevan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

KEPIMPINAN & PEMBANGUNAN STAF

KAYM memberi keutamaan dalam mengembangkan kemahiran kepimpinan dan pembangunan secara aktif melalui penglibatan kursus dalam kalangan kakitangan. Kursus-kursus ini memperluas dan mempelbagaikan pengetahuan kakitangan khususnya dalam aspek pengurusan masa yang efektif, budaya kerja positif, amalan komunikasi berkesan dan berfikir secara kritis. Pelaksanaaan kursus ini direka bentuk secara seimbang mengikut keperluan bidang akademik semasa, pengurusan kualiti menyeluruh dan aspek kemahiran insaniah. Ini diyakini mampu melahirkan kakitangan yang efektif dalam melaksanakan tugas dalam era persaingan dan cabaran global mutakhir.

  • Bengkel 2U2I On Work Based Learning (WBL)
  • Bengkel MOD Open & Distance Learning (ODL)
  • Bengkel Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Kursus Train The Trainer 2020 For ICYM Staff

STAF AKADEMIK

Kakitangan akademik KAYM sangat komited dalam usaha memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sejajar dengan keperluan global mencakupi skil menyelesaikan permasalahan dengan baik dan berkeupayaan berfikir secara praktikal dalam menterjemahkan idea dan teori kepada realiti.  Kami mempunyai kekuatan seramai 82 orang pensyarah dan kakitangan akademik di enam (6) buah sekolah, dua (2) buah program kerjasama, sebuah (1) pusat bahasa dan pengajian umum serta sebuah (1) pusat hubungan industri.  Kakitangan kami terdiri daripada pensyarah yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Sijil dan Lesen Profesional. Mereka ini berkelayakan dengan kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing.

fdsfsdfsdf

KAYM telah menjalinkan kolaborasi dengan pihak industri dan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara sejajar dengan misi dan visi ke arah menyediakan peluang pendidikan bertaraf global. Kolaborasi ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam program yang sama seperti ditawarkan oleh universiti tersebut. KAYM menjalin program kerjasama dengan universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM).