MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ANIMASI

Program ini menggabungkan bidang animasi tradisional 2D dan teknologi komputer 3D, memberi fokus kepada pelbagai fungsi dan penggunaan dalam industri penyiaran, teknologi maklumat, pendidikan, dan hiburan. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teknik persembahan animasi, termasuk kajian aspek psikologi, etika, dan estetika dalam menghasilkan karya animasi yang berkualiti. Selain itu, mereka juga akan mempelajari kesan khas pergerakan dan suara, jalan cerita, serta kemahiran dalam teknik rekaan animasi dan rekabentuk teknologi digital.

Program ini memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar mengenai asas dan aplikasi dalam kedua dua teknik animasi tradisional dan digital, yang kini menjadi keperluan dalam pelbagai industri kreatif. Pelajar juga berpeluang mengikuti program Industrial@Campus di ICYM Studios yang terletak di Cyberjaya, memberi mereka pengalaman praktikal dalam persekitaran industri sebenar. Pendedahan ini memperkaya pengetahuan teknikal mereka dan memberi kelebihan dalam persaingan industri animasi yang pesat berkembang.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU
  • Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. DAN
  • Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.

PROSPEK KERJAYA

2D/3D Animator

Pereka Grafik dan Multimedia

Artis Kesan Khas

Jurufoto

Penyunting Video

Pereka Web & Interaktif

SENARAI KURSUS

Tahun 1

Prinsip Animasi
Komunikasi Visual
Asas Pendidikan Seni 1
Pembangunan Konsep Dan Ideaisu-Isu Kekeluargaan Islam
Hubungan Insan
Bahasa Kebangsaan A
Kursus Integrasi Dan Anti Rasuah
English For Media Technology And Art 1
Ko-Kurikulum
Pemikiran Kreatif
Lukisan Figura
Komposisi Dan Susun Atur
Penulisan Skrip & Papan Cerita

Tahun 2

Asas Komputer 3 Dimensi
Kesan Khas Visual
Asas Pergerakan Animasi
Mencipta Dan Mereka Bentuk Watak 1
English For Media Technology And Art 2
Penghayatan Etika Dan Peradaban
Animasi Komputer 3 Dimensi
Animasi Komputer 2 Dimensi
Produksi Animasi
Suntingan Video Naratif
Penerbitan Audio
Fotografi

Tahun 3

Produksi Animasi 2
Mencipta Dan Mereka Bentuk Watak 2
Pengimejan Digital
Asas Pengiklanan
Projek Akhir
Latihan Industri

AKTIVITI PELAJAR

PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN