MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MULTIMEDIA

Diploma Teknologi Multimedia ini memberi penekanan kepada pembelajaran dalam bidang Teknologi Kreatif Multimedia sebagai asas utama untuk penghasilan karya multimedia kreatif digital. Program ini melibatkan pelbagai aspek seni teknologi kreatif multimedia digital, termasuk elemen dan prinsip reka bentuk, rekaan grafik, pengiklanan, pembangunan laman web, “motion graphic”, animasi 3D, aplikasi multimedia interaktif, serta penyuntingan audio dan video. Pelajar akan didedahkan dengan teknik dan perisian terkini yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan karya Teknologi Kreatif Multimedia digital yang profesional dan inovatif.

Program ini direka untuk memenuhi perkembangan pesat dalam sektor bidang Kreatif Multimedia digital, yang kini menjadi keperluan penting dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam bidang pengiklanan, hiburan, dan komunikasi visual. Pelajar berpeluang menguasai kemahiran teknikal yang relevan, seperti dalam penggunaan perisian reka bentuk dan animasi grafik, serta meningkatkan kreativiti mereka dalam menghasilkan produk Kreatif Multimedia digital yang menarik.

Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang teknologi kreatif multimedia dan rekabentuk digital, graduan akan bersedia untuk bersaing dalam industri kreatif multimedia yang semakin berkembang, termasuk dalam bidang pengiklanan, reka bentuk grafik, “motion graphics”, multimedia interaktif serta pembangunan laman web.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA TEKNOLOGI MULTIMEDIA

  • Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU
  • Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • DAN
  • Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.

PROSPEK KERJAYA

Pereka Multimedia (Motion Effects, Audio/Video)
Pereka 3D
Pereka Sesawang
Pereka Grafik
Penerbit Desktop
Jurugambar Digital
Pereka dalam bidang pengiklanan, bidang produksi “New Media‟ dan bidang ICT

SENARAI KURSUS

Tahun 1

English 1
Kursus Integrasi Dan Anti Rasuah
isu-Isu Kekeluargaan Islam (MUSLIM)
Hubungan Insan (NON MUSLIM)
Bahasa Kebangsaan A
Komunikasi visual
Asasi llustrasi digital
Rekabentuk Periklanan
Ko-Kurikulum
Rekabentuk Papan cerita
Rekabentuk Vektor
Pemikiran kreatif
Rekabentuk Rekaletak Digital
Produksi Audio

Tahun 2

Penghayatan etika dan peradaban
Rekabentuk Imej Digital
Rekabentuk Animasi 2 Dimensi
Fotografi Digita
Rekabentuk Pengarangan Multimedia
Rekabentuk Video Digital
English 2
Amalan Profesional Industri Kreatif
Rekabentuk& Pembangunan Web
Rekabentuk 3D
Rekabentuk Animasi Grafik
Asas Keusahawan

Tahun 3

Latihan Industri
Pembangunan Multimedia
E-Media

Permohonan Atas talian (online)

PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN