DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Melahirkan pendidik yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan kanak-kanak, pedagogi awal serta pengurusan pendidikan prasekolah secara profesional.
Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak
Diploma ini menyediakan pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran profesional, dan kecekapan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program ini memberi asas yang kukuh kepada pelajar untuk memahami perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial, dan kognitif, serta teknik pengajaran yang efektif sesuai dengan tahap usia awal kanak-kanak. Pelajar juga dilatih dalam pengurusan kelas yang sesuai, memastikan mereka dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan menyokong perkembangan kanak-kanak.
Selain itu, program ini memberi pengetahuan dalam bidang psikologi kanak-kanak, kurikulum, dan pendekatan pembelajaran yang menyeluruh. Melalui modul-modul yang relevan, pelajar akan mempelajari cara untuk merancang, melaksanakan, dan menilai aktiviti pembelajaran yang berkesan. Pendekatan holistik ini memastikan pelajar mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang keperluan kanak-kanak dan cara terbaik untuk menyokong mereka dalam mencapai potensi mereka.
Dengan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, program ini membuka banyak peluang kerjaya dalam sektor pendidikan, terutamanya dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak, dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
Mengapa Pilih Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ICYM?
Kurikulum Relevan Industri
Sukatan pelajaran dirangka selaras dengan keperluan pendidikan awal kanak-kanak, merangkumi perkembangan kanak-kanak, pedagogi dan pengurusan bilik darjah.
Kemahiran Praktikal
Pelajar didedahkan kepada aktiviti pembelajaran kreatif, perancangan pengajaran dan pengalaman praktikum bagi membina kemahiran mengajar secara efektif.
Pemahaman Perkembangan Kanak-Kanak
Program ini memberi penekanan kepada aspek perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak untuk menyokong pembelajaran holistik.
Pembangunan Nilai & Etika
Pelajar dilatih dengan nilai profesional, etika kerja dan tanggungjawab dalam mendidik serta membimbing kanak-kanak secara berkesan.
Peluang Kerjaya Luas
Graduan berpeluang bekerja sebagai pendidik awal kanak-kanak, pengasuh profesional, penyelia taska atau dalam sektor pendidikan dan penjagaan kanak-kanak.
Laluan ke Pengajian Lanjutan
Program ini menyediakan asas kukuh untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau bidang berkaitan.
Struktur Program Pengajian
Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau
Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana matapelajaran; atau
Lulus STAM dengan gred minimum Maqbul
Sijil (Tahap 3, MQF) dalam mana-mana kelayakan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00
Lulus dalam SKM/SVM Tahap 3, MQF dalam Asuhan Awal Kanak-Kanak/Prasekolah
(Nota: PPT perlu menjalankan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program untuk pelajar.)
Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai setara dengan keperluan di atas.
Mencapai minimum Rangka Kerja Rujukan Eropah Biasa untuk Bahasa (CEFR) (B1 Tinggi)
Bersedia untuk Memulakan
Kerjaya Pendidik Anda?
Daftar sekarang dan menjadi pendidik yang membentuk generasi masa hadapan. Tempat terhad setiap sesi kemasukan.
