DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Diploma ini memberi pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan kecekapan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan menyediakan asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian seterusnya ke peringkat ijazah.
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana matapelajaran; atau
- Lulus STAM dengan gred minimum Maqbul
- Sijil (Tahap 3, MQF) dalam mana-mana kelayakan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00
- Lulus dalam SKM/SVM Tahap 3, MQF dalam Asuhan Awal Kanak-Kanak/Prasekolah
- (Nota: PPT perlu menjalankan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program untuk pelajar.
- Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai setara dengan keperluan di atas.
- Mencapai minimum Rangka Kerja Rujukan Eropah Biasa untuk Bahasa (CEFR) (B1 Tinggi)**
PROSPEK KERJAYA
- Pembantu atau Penolong Guru Tadika
- Pengasuh Taska
- Jurulatih