MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PENERBANGAN

Program ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam industri penerbangan. Ia merangkumi teori, latihan teknikal, dan praktikal dalam bidang pengurusan penerbangan, pentadbiran lapangan terbang, operasi penerbangan, serta pengurusan dan kawalan trafik udara. Pelajar juga akan mempelajari sistem pengangkutan udara dan keselamatan penerbangan, memastikan mereka memahami aspek penting industri ini.

Sukatan pelajaran terkini disusun untuk memenuhi keperluan industri moden, memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi dan amalan terbaik. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran serta merebut peluang dalam sektor penerbangan yang dinamik.

Dengan asas kukuh dalam teori dan aplikasi praktikal, pelajar akan bersedia untuk membina kerjaya cemerlang dalam pelbagai bidang seperti pengurusan syarikat penerbangan, operasi lapangan terbang, atau kawalan trafik udara, sejajar dengan permintaan industri global.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam mana-mana 3 mata Pelajaran atau kelayakan yang setaraf, atau
  • Lulus Sijil Persekolahan Malaysia (STPM), dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dengan gred minimum Magbul, atau
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan, dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran, atau
  • Sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, MQF)

PROSPEK KERJAYA

Pengurus Operasi Lapangan Terbang

Pengurus Perkhidmatan Penumpang

Pengurus Kargo Udara

Pengurus Keselamatan Penerbangan

SENARAI KURSUS

Tahun 1

Isu-Isu Kekeluargaan
Hubungan Insan
Bahasa Kebangsaan
Aviation English
Basic Aerodynamic
Aircraft General Knowledge
Principle Of Marketing
Principle Of Management
Kursus Integriti Dan Rasuah
Basic Entreneurship
Radio Telephony And Navigation
Aviation Economic
Human Factor
Business Accounting

Tahun 2

Penghayatan Etika Dan Peradaban
Meteorology
Human Resources Management
Business Finance
Project Management
Business Ethic
Pertahanan Awam
Operational Procedure
Air Freight Logistic Management
Air Legislation
Aviation Communication
Mass And Balance

Tahun 3

Flight Planning & Monitoring
Aviation Operation Management
Ground Handling Management
Aviation Engineering Management
Safety Management System
Industrial Training

Permohonan Atas talian (online)

PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN