MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ini menyediakan pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran profesional, dan kecekapan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program ini memberi asas yang kukuh kepada pelajar untuk memahami perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial, dan kognitif, serta teknik pengajaran yang efektif sesuai dengan tahap usia awal kanak-kanak. Pelajar juga dilatih dalam pengurusan kelas yang sesuai, memastikan mereka dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan menyokong perkembangan kanak-kanak.
Selain itu, program ini memberi pengetahuan dalam bidang psikologi kanak-kanak, kurikulum, dan pendekatan pembelajaran yang menyeluruh. Melalui modul-modul yang relevan, pelajar akan mempelajari cara untuk merancang, melaksanakan, dan menilai aktiviti pembelajaran yang berkesan. Pendekatan holistik ini memastikan pelajar mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang keperluan kanak-kanak dan cara terbaik untuk menyokong mereka dalam mencapai potensi mereka.
Dengan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, program ini membuka banyak peluang kerjaya dalam sektor pendidikan, terutamanya dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak, dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana matapelajaran; atau
- Lulus STAM dengan gred minimum Maqbul
- Sijil (Tahap 3, MQF) dalam mana-mana kelayakan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00
- Lulus dalam SKM/SVM Tahap 3, MQF dalam Asuhan Awal Kanak-Kanak/Prasekolah
- (Nota: PPT perlu menjalankan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program untuk pelajar.
- Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai setara dengan keperluan di atas.
- Mencapai minimum Rangka Kerja Rujukan Eropah Biasa untuk Bahasa (CEFR) (B1 Tinggi)**
PROSPEK KERJAYA
Pembantu / Penolong Guru Tadika
SENARAI KURSUS
Tahun 1
Perancangan Dan Pembangunan Program
Tumbesaran Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Permuafakatan Dengan Keluarga
Pentadboran Dan Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Isu-Isu Kekeluargaan
Hubungan Insan
Bahasa Kebangsaan A
Profesionalisma
Perancangan Dan Pembangunan Kurikulum
Bahasa Komuniti Dan Literasi
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
English For Young Children
Kursus Integriti Dan Anti Rasuah
Persatuan Bulan Sabit Merah
Tahun 2
Bimbingan Kanak-Kanak
Pembelajaran Awal Dan Persetiraan Awal
Kesihatan Dan Keselamatan
Pemerhatian Dan Pentaksiran
Isu-Isu Kekeluargaan
Hubungan Insan
Bahasa Kebangsaan A
Permuafakatan Dengan Komuniti
Penghayatan Etika Dan Peradaban
Kerohanian Dan Moral
Pemakanan Dan Nutirisi
Awal Matematik
Awal Sains Dan Teknologi
Amalan Profesional
Tahun 3
Seni Lukis Dan Kraf Kanak-Kanak
Seni Pementasan Kanak-Kanak
Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Tadika
Muzik Dan Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak
Pengajian Sosial
Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Taska
Praktikum
Galeri Gambar
PELAJAR KAMI

Performing
Trust pays off

Running
Somewhere on earth

Enjoying
Committed and creative
PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN