DIPLOMA PENGURUSAN PENERBANGAN
Program ini direka bentuk untuk melengkapkan pelajar dengan Kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri penerbangan. Pelajar akan diberikan teori, latihan teknikal dan praktikal dalam bidang pengurusan yang berkaitan penerbangan, pentadbiran lapangan terbang, operasi penerbangan, pengurusan dan kawalan trafik udara, system pengangkutan udara, dan kawalan keselamatan yang berkaitan penerbangan.
Sukatan Pelajaran adalah yang terkini dan mencerminkan industri penerbangan moden bagi mereka yang ingin membina kerjaya dalam bidang penerbangan.
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam mana-mana 3 mata Pelajaran atau kelayakan yang setaraf, atau
- Lulus Sijil Persekolahan Malaysia (STPM), dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dengan gred minimum Magbul, atau
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan, dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran, atau
- Sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, MQF)
PROSPEK KERJAYA
- Eksekutif Keselamatan Lapangan Terbang
- Eksekutif Retail
- Krew Penerbangan
- Eksekutif Lapangan Terbang
- Eksekutif Penerbangan
- Eksekutif Sumber Manusia
- Eksekutif Logistik dan Warehouse
- Eksekutif Khidmat Pelanggan
Permohonan Atas talian (online)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN