DIPLOMA DIGITAL MEDIA
Melahirkan tenaga profesional dalam bidang media kreatif digital yang berkemahiran dalam produksi kandungan, penyiaran, komunikasi digital serta teknologi media moden..
Penghasilan Kandungan Media Digital
Diploma in Digital Media (DDM) ialah program berasaskan amali yang membekalkan pelajar dengan
kemahiran industri dalam pelbagai bidang media kreatif. Ia merangkumi pelbagai bidang seperti
produksi video, perfileman, fotografi, reka bentuk grafik, animasi, 3D, multimedia dan kandungan
digital, bagi membentuk graduan dengan kemahiran industri yang menyeluruh dalam bidang media
digital.
Melalui pembelajaran berasaskan projek dan persekitaran studio, pelajar akan menguasai
keseluruhan proses produksi daripada pembangunan idea, pra-produksi, produksi hingga pasca
produksi. Program ini akan melahirkan graduan yang kreatif, berkemahiran teknikal, serba boleh
dan bersedia memenuhi keperluan industri kreatif digital.
Selain itu, program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menyertai program Industrial @
Campus di ICYM Global, yang memberi mereka pengalaman industri yang berharga. Pengalaman
ini memperkaya pengetahuan praktikal pelajar dalam aspek media kreatif sambil memperkukuh
kemahiran teknikal mereka.
Dengan kombinasi pengetahuan teori, kemahiran praktikal, dan pengalaman industri, graduan
Diploma Digital Media akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan merebut peluang dalam
industri media kreatif dan teknologi yang semakin berkembang pesat.
Mengapa Pilih Diploma Teknologi Media ICYM?
Kurikulum Relevan Industri
Sukatan pelajaran dirangka selaras dengan keperluan industri media, merangkumi produksi media digital, penyiaran, komunikasi visual dan teknologi kandungan.
Kemahiran Praktikal Produksi
Pelajar didedahkan kepada latihan amali dalam penghasilan video, audio, fotografi dan penyuntingan menggunakan peralatan serta perisian profesional.
Pendedahan Platform Digital
Program ini memberi pendedahan kepada penghasilan kandungan untuk pelbagai platform seperti media sosial, penyiaran digital dan aplikasi interaktif.
Pembangunan Kreativiti & Komunikasi
Pelajar dilatih untuk menghasilkan kandungan kreatif, menyampaikan mesej dengan berkesan dan membangunkan identiti media yang menarik.
Peluang Kerjaya Luas
Graduan berpeluang menceburi bidang penyiaran, produksi media, pengurusan kandungan digital, komunikasi media dan industri kreatif.
Laluan ke Pengajian Lanjutan
Program ini menyediakan asas kukuh untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Media, Komunikasi, Multimedia atau bidang berkaitan.
Struktur Program Pengajian
Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU
Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU
Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
DAN Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.
Bersedia untuk Memulakan Kerjaya Media Anda?
Daftar sekarang dan terlibat dalam dunia media kreatif yang penuh peluang dan inovasi. Tempat adalah terhad bagi setiap sesi kemasukan.
