DIPLOMA TEKNOLOGI ANIMASI
Melahirkan animator kreatif yang mahir dalam penghasilan animasi 2D dan 3D, reka bentuk visual serta pembangunan kandungan digital interaktif.
Kreativiti Animasi dan Penceritaan Digital
Program ini menggabungkan bidang animasi tradisional 2D dan teknologi komputer 3D, memberi fokus kepada pelbagai fungsi dan penggunaan dalam industri penyiaran, teknologi maklumat, pendidikan, dan hiburan. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teknik persembahan animasi, termasuk kajian aspek psikologi, etika, dan estetika dalam menghasilkan karya animasi yang berkualiti. Selain itu, mereka juga akan mempelajari kesan khas pergerakan dan suara, jalan cerita, serta kemahiran dalam teknik rekaan animasi dan rekabentuk teknologi digital.
Program ini memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar mengenai asas dan aplikasi dalam kedua-dua teknik animasi tradisional dan digital, yang kini menjadi keperluan dalam pelbagai industri kreatif. Pelajar juga berpeluang mengikuti program Industrial@Campus di ICYM Studios yang terletak di Cyberjaya, memberi mereka pengalaman praktikal dalam persekitaran industri sebenar. Pendedahan ini memperkaya pengetahuan teknikal mereka dan memberi kelebihan dalam persaingan industri animasi yang pesat berkembang.
Mengapa Pilih Diploma Teknologi Animasi ICYM?
Kurikulum Kreatif & Relevan Industri
Sukatan pelajaran dirangka selaras dengan keperluan industri animasi, merangkumi asas seni digital, animasi 2D, animasi 3D, reka bentuk watak dan penceritaan visual.
Kemahiran Praktikal Digital
Pelajar didedahkan kepada latihan amali menggunakan perisian dan teknologi animasi bagi membina kemahiran menghasilkan karya kreatif secara profesional.
Pembangunan Kreativiti
Program ini menggalakkan pelajar membangunkan idea, konsep visual dan gaya animasi tersendiri untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.
Pendedahan Produksi Animasi
Pelajar diberi pendedahan kepada proses produksi animasi bermula daripada lakaran konsep, papan cerita, pemodelan, animasi, penyuntingan hingga hasil akhir.
Peluang Kerjaya Kreatif
Graduan berpeluang menceburi kerjaya sebagai animator, artis digital, pereka watak, artis 3D, pereka grafik atau pencipta kandungan multimedia.
Laluan ke Pengajian Lanjutan
Program ini menyediakan asas kukuh untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Animasi, Multimedia, Seni Digital atau bidang kreatif berkaitan.
Struktur Program Pengajian
Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU
Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU
Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. DAN
Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.
Bersedia untuk Memulakan Kerjaya Animasi Anda?
Daftar sekarang dan hidupkan kreativiti anda dalam industri animasi dan visual digital. Tempat adalah terhad bagi setiap sesi kemasukan.
