Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Melahirkan pendidik yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan kanak-kanak, pedagogi awal serta pengurusan pendidikan prasekolah secara profesional.

3 Tahun MQF Tahap 4 R2/0112/4/0017 (10/2028) MQA/FA 2840
6+ Laluan Kerjaya
5 Semester Pengajian
1 Semester Latihan Industri
MQA Pengiktirafan Penuh
Perihal Program

Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak

Diploma ini menyediakan pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran profesional, dan kecekapan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program ini memberi asas yang kukuh kepada pelajar untuk memahami perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial, dan kognitif, serta teknik pengajaran yang efektif sesuai dengan tahap usia awal kanak-kanak. Pelajar juga dilatih dalam pengurusan kelas yang sesuai, memastikan mereka dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan menyokong perkembangan kanak-kanak.

Selain itu, program ini memberi pengetahuan dalam bidang psikologi kanak-kanak, kurikulum, dan pendekatan pembelajaran yang menyeluruh. Melalui modul-modul yang relevan, pelajar akan mempelajari cara untuk merancang, melaksanakan, dan menilai aktiviti pembelajaran yang berkesan. Pendekatan holistik ini memastikan pelajar mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang keperluan kanak-kanak dan cara terbaik untuk menyokong mereka dalam mencapai potensi mereka.

Dengan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, program ini membuka banyak peluang kerjaya dalam sektor pendidikan, terutamanya dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak, dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

MQR SEMAK
Akreditasi Program — Malaysian Qualifications Register Program ini telah didaftarkan dan diiktiraf dalam MQR di bawah Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semak status akreditasi penuh program ini secara rasmi.
MQA Diiktiraf MQF Tahap 4 Semak MQR →
Kelebihan Program

Mengapa Pilih Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ICYM?

🧸

Kurikulum Relevan Industri

Sukatan pelajaran dirangka selaras dengan keperluan pendidikan awal kanak-kanak, merangkumi perkembangan kanak-kanak, pedagogi dan pengurusan bilik darjah.

🎨

Kemahiran Praktikal

Pelajar didedahkan kepada aktiviti pembelajaran kreatif, perancangan pengajaran dan pengalaman praktikum bagi membina kemahiran mengajar secara efektif.

👶

Pemahaman Perkembangan Kanak-Kanak

Program ini memberi penekanan kepada aspek perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak untuk menyokong pembelajaran holistik.

📋

Pembangunan Nilai & Etika

Pelajar dilatih dengan nilai profesional, etika kerja dan tanggungjawab dalam mendidik serta membimbing kanak-kanak secara berkesan.

🏫

Peluang Kerjaya Luas

Graduan berpeluang bekerja sebagai pendidik awal kanak-kanak, pengasuh profesional, penyelia taska atau dalam sektor pendidikan dan penjagaan kanak-kanak.

🎓

Laluan ke Pengajian Lanjutan

Program ini menyediakan asas kukuh untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau bidang berkaitan.

Senarai Kursus

Struktur Program Pengajian

01PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PROGRAM
02TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
03PERMUAFAKATAN DENGAN KELUARGA
04PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
05ISU-ISU KEKELUARGAAN / HUBUNGAN INSAN /BAHASA KEBANGSAAN A
06PROFESIONALISMA
07PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
08BAHASA KOMUNITI DAN LITERASI
09KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
10ENGLISH FOR YOUNG CHILDREN
11KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH
12PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
01BIMBINGAN KANAK-KANAK
02PEMBELAJARAN AWAL DAN PERSETIRAAN AWAL
03KESIHATAN DAN KESELAMATAN
04PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN
05PERMUAFAKATAN DENGAN KOMUNITI
06PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
07KEROHANIAN DAN MORAL
08PEMAKANAN DAN NUTIRISI
09AWAL MATEMATIK
10AWAL SAINS DAN TEKNOLOGI
11AMALAN PROFESIONAL
01SENI LUKIS DAN KRAF KANAK-KANAK
02SENI PEMENTASAN KANAK-KANAK
03PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI TADIKA
04MUZIK DAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK
05PENGAJIAN SOSIAL
06PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI TASKA
07PRAKTIKUM
Syarat Kemasukan

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau

Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana matapelajaran; atau

Lulus STAM dengan gred minimum Maqbul

Sijil (Tahap 3, MQF) dalam mana-mana kelayakan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00

Lulus dalam SKM/SVM Tahap 3, MQF dalam Asuhan Awal Kanak-Kanak/Prasekolah

(Nota: PPT perlu menjalankan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program untuk pelajar.)

Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai setara dengan keperluan di atas.

Mencapai minimum Rangka Kerja Rujukan Eropah Biasa untuk Bahasa (CEFR) (B1 Tinggi)

Prospek Kerjaya
Pembantu atau Penolong Guru Tadika Pengasuh Tadika Jurulatih Usahawan Pendidikan Pengurus Pusat Jagaan Pembangun Kandungan Pendidikan (Worksheet / Modul)

Bersedia untuk Memulakan
Kerjaya Pendidik Anda?

Daftar sekarang dan menjadi pendidik yang membentuk generasi masa hadapan. Tempat terhad setiap sesi kemasukan.

Hubungi kami +606 281 7732
E-mel informasi@icym.edu.my
Lokasi Melaka