Sekolah Pengurusan Perniagaan & Hospitaliti

DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN

Melahirkan graduan yang berkemahiran dalam pengurusan sukan, pentadbiran acara, pemasaran sukan serta pembangunan industri sukan secara profesional.

3 Tahun MQF Tahap 4 R/0414/4/0319 (03/2030) MQA/FA 13016
6+ Laluan Kerjaya
5 Semester Pengajian
1 Semester Latihan Industri
MQA Pengiktirafan Penuh
Perihal Program

Membentuk Pemimpin Industri Sukan

Program ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan menyeluruh dalam teori pengurusan sukan, kewangan, tajaan, pemasaran, dan undang-undang sukan. Pelajar turut diberi kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan acara sukan berskala besar bagi memastikan graduan bersedia memenuhi keperluan industri sukan profesional.

MQR SEMAK
Akreditasi Program — Malaysian Qualifications Register Program ini telah didaftarkan dan diiktiraf dalam MQR di bawah Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semak status akreditasi penuh program ini secara rasmi.
MQA Diiktiraf MQF Tahap 4 Semak MQR →
Kelebihan Program

Mengapa Pilih Diploma Pengurusan Sukan ICYM?

🏆

Kurikulum Industri Semasa

Sukatan pelajaran direka bersama industri sukan, memastikan relevansi dalam pasaran kerja semasa.

Pembelajaran Praktikal Industri

Pendekatan pembelajaran berasaskan praktikal memberi pendedahan kepada situasi sebenar industri sukan melalui projek, simulasi, dan aktiviti berkaitan pengurusan sukan.

🌐

Mempunyai Akreditasi

Program yang mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA) (MQA/FA/13016).

📋

Pembangunan Kepimpinan

Program kokurikulum dan kepimpinan membentuk graduan yang berkeyakinan dan berdaya saing.

💼

Keusahawanan Sukan

Modul keusahawanan membuka laluan kepada graduan untuk menjalankan perniagaan sukan sendiri.

🎓

Laluan ke Ijazah

Mendapat pengecualian kredit jika menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Senarai Kursus

Struktur Program Pengajian

01Introduction to Sports Management
02History and Philosophy of Sport
03Computer Application in Business
04Professional English
05Bahasa Kebangsaan A / Bahasa Melayu Komunikasi 1
06Isu-Isu Kekeluargaan Islam / Hubungan Insan
01Managing Sport Technology
02Organizational Behavior
03Sport Marketing
04English for Communication
05Kursus Integrasi dan Anti-Rasuah
06Sport Entrepreneurship
01Leadership Management in Sports
02Sport Sponsorship
03Principles of Economics
04Sport Event Management
05Co-Curriculum
06Penghayatan Etika dan Peradaban / Falsafah dan Isu Semasa
01Sport Facilities Planning
02Sport Ethics
03Sport Risk Management
03Sport Event Management
04Principles of Accounting
01Sport Psychology
02Human Resource Management in Sports
03Sport Public Relation Theory and Practice
03Legislation in Sport
04Sport Finance
Pelajar ditempatkan di organisasi, kelab sukan, atau badan sukan berkaitan untuk menjalani latihan industri penuh masa selama satu semester — mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam persekitaran profesional sebenar.
Syarat Kemasukan

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran

Lulus STPM dengan Gred C minimum (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan + 1 kredit SPM

Kelayakan lain yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

Prospek Kerjaya
Pengurus Acara Sukan Pengurus Kelab Sukan Pegawai Pemasaran Sukan Pengurus Pusat Kecergasan Pengurus Pusat Rekreasi Eksekutif Tajaan Sukan Usahawan Sukan

Bersedia untuk Memulakan Kerjaya Sukan Anda?

Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada generasi pemimpin industri sukan Malaysia. Tempat adalah terhad bagi setiap sesi kemasukan.

Hubungi kami +606 281 7732
E-mel informasi@icym.edu.my
Lokasi Melaka