SEKOLAH MEDIA KREATIF DAN SAINS SOSIAL
- Home
- SEKOLAH MEDIA KREATIF DAN SAINS SOSIAL
Dengan sukacitanya kami mengumumkan penubuhan Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial (SCMS), yang menyatukan kluster Media Kreatif dan Sains Sosial di bawah identiti baharu yang segar dan progresif.
Penggabungan strategik ini mencerminkan misi sekolah untuk mencungkil kreativiti pelajar di samping memperkukuh penglibatan bermakna bidang sains sosial bersama masyarakat. Ia menandakan komitmen ke arah pembudayaan pengetahuan disiplin yang mendalam bagi memperkasa generasi masa hadapan.
Melalui transformasi ini, Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial (SCMS) muncul sebagai sebuah entiti akademik yang dinamik dan berpengaruh dengan slogan “Menginspirasikan kreativiti, membentuk generasi, dan menerajui masyarakat.”
