Jawatankuasa Pelaksana Talking Titans yang terdiri daripada pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian Am (CLGS) telah membangunkan modul khusus untuk menampung graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing malah mampu berkomunikasi dengan cekap di semua peringkat.

Program ini merangkumi tiga (3) peringkat iaitu Peringkat Pengenalan (semester pertama), Peringkat Sekolah (semester kedua) dan Peringkat Kolej (semester ketiga). Proses pembelajaran direka bentuk untuk menggabungkan kedua-dua teori dan praktikal bagi membantu pelajar menjadi kreatif dalam kemahiran komunikasi.

Objektif

  1. Menghasilkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai peringkat dan tujuan.
  2. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas pengucapan awam berkaitan aspek Etika Pengucapan Awam, Mengumpul Idea dan Maklumat, Mengatur Bahan Ucapan dan Penyampaian Ucapan.
  3. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketrampilan ketika berhadapan dengan pelbagai situasi khalayak.