MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MEDIA

Diploma Teknologi Media di dalam bidang teknologi media bertujuan untuk memperkukuh perkembangan dunia teknologi media dan teknologi maklumat. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari teknik persembahan dalam bidang penyiaran, termasuk penghasilan video dan filem. Pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran khusus dalam menggabungkan pelbagai bidang ilmu, seperti reka bentuk, teknologi, dan komunikasi, untuk mencipta karya yang menarik dan relevan dengan penggunaan media berteknologi digital.

Selain itu, program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menyertai program Industrial @ Campus di ICYM Global, yang memberi mereka pengalaman industri yang berharga. Pengalaman ini memperkaya pengetahuan praktikal pelajar dalam aspek penyiaran, produksi media, dan teknologi maklumat, sambil memperkukuh kemahiran teknikal mereka.

Dengan kombinasi pengetahuan teori, kemahiran praktikal, dan pengalaman industri, graduan Diploma Teknologi Media akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan merebut peluang dalam industri media dan teknologi yang semakin berkembang pesat.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA TEKNOLOGI MEDIA

  • Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU
  • Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • DAN
  • Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.

KEPERLUAN BAHASA INGGERIS (PELAJAR ANTARABANGSA)

Memperolehi Test of English as a Foreign Language (TEOFL) 500 atau International English Language Testing System (IELTS) 5.0 atau yang setaraf.

PROSPEK KERJAYA

Pengarah Video & Filem

Jurukamera

Penyunting Video & Filem

Penulis Skrip Filem & Penyiaran

Wartawan Penyiaran

Pengurusan Produksi

Penolong Penerbit

Penolong Pegawai Perhubungan Awam

Social Media Content Creator

SENARAI KURSUS

Tahun 1

Komunikasi Visual
Pengenalan Filem & Seni Digital
English For Media Technology And Art 1
Asas Produksi Tv & Filem
Asas Periklanan
Kewartawanan Tv
Pengimejan Digital
English For Media Technology And Art 2
Asas Pengarahan
Fotografi
Kokurikulum
Kursus Integriti & Anti Rasuah
Isu Isu Kekeluargaan Islam
Hubungan Insan
Bahasa Kebangsaan A

Tahun 2

Produksi Filem Pendek
Pengurusan Produksi
Lakonan Kamera
Penulisan Skrin
Penghayatan Etika & Peradaban
Teknik Pencahayaan
Pengucapan Awam
Etika Dan Perundangan Industri Kreatif
Produksi Filem Cereka
Rekabentuk Produksi Tv Dan Filem
Pemikiran Kreatif
Penerbitan Buletin Tv

Tahun 3

Suntingan Video Naratif
Penerbitan Audio
Sinematografi
Projek Akhir
Latihan Industri

Permohonan Atas talian (online)