MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI

Diploma ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan industri negara yang berkembang pesat dengan melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi elektronik. Program ini menggabungkan teori dan amali, memberi tumpuan kepada pengetahuan dalam Sistem Digital, Sistem Komunikasi, dan Pembaikan Peralatan Elektronik. Ia menekankan aspek pemasangan, pengujian, dan penyelenggaraan sistem serta peralatan elektronik berteknologi tinggi, memastikan pelajar menguasai kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri moden.

Selain itu, pelajar akan mempelajari asas-asas kejuruteraan elektronik serta pendekatan terkini dalam menangani cabaran teknologi canggih. Struktur kursus yang dinamik melibatkan latihan makmal yang intensif dan projek praktikal, membolehkan pelajar mengasah kemahiran dalam persekitaran simulasi dunia sebenar.

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang kompeten, inovatif, dan bersedia memenuhi permintaan sektor pembuatan, penyelenggaraan, dan teknologi canggih. Dengan gabungan pengetahuan teori dan pengalaman praktikal, graduan mampu meningkatkan daya saing mereka di pasaran kerja tempatan dan global.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI

  • LULUS SPM atau yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) MATAPELAJARAN ATAU
  • LULUS STPM atau yang setaraf ATAU
  • Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 KKM) yang diiktiraf atau setaraf ATAU
  • Lulus sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 KKM) yang diiktiraf ATAU
  • Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal/Kemahiran (Tahap 3 KKM) yang diiktiraf.

KEPERLUAN BAHASA INGGERIS (PELAJAR ANTARABANGSA)

Memperolehi Test of English as a Foreign Language (TEOFL) 500 atau International English Language Testing System (IELTS) 5.0 atau yang setaraf.

PROSPEK KERJAYA

Juruteknik
Penyelia

Pembantu Jurutera (khusus di dalam bidang industri pembuatan dan penyelenggaraan)

SENARAI KURSUS

Tahun 1

Isu-Isu Kekeluargaan Islam
Hubungan Insan
English 1
Mathematics 1
Introduction To Computer
Engineering Science
Workshop Technology
Kokurikulum
Kursus Integrasi Dan Anti Rasuah
English 2
Mathematics 2
Circuit Theory 1
Analogue Electronic 1
Digital Systems

Tahun 2

Penghayatan Etika & Peradaban
Falsafah & Isu Semasa
Safety And Health
Circuit Theory 2
Computer Programming
Communication System
Basic Entrepreneurship
Industrial Electronic
Microcontroller
Engineering Software
Autocad

Tahun 3

Electronic Measurement And Instrumentation
Electronic Equipment Repair
Power Electronic
Industrial Automation

Permohonan Atas talian (online)