BAYANIL HUDA
- Home
- BAYANIL HUDA
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Program Keagamaan
Program Bayanil Huda
Program Bayanil Huda bertujuan mengukuhkan ilmu agama seperti pemantapan akidah, kefahaman fekah serta kefahaman ilmu tasawuf di kalangan para pelajar ICYM. Program ini sebagai medium untuk pelajar mengetahui dengan lebih jelas mengenai pelaksanaan syariat Islam yang bersifat aplikasi di samping untuk membuka ruang pengisian rohani.
Melalui program ini, diharapkan akan dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dari sudut ilmu agama mahupun ilmu akademik yang menjadi benteng dalam menjalani kehidupan dunia global pada hari ini yang sangat mencabar.
Fokus Program
Tiga Teras Ilmu Agama
Program ini merangkumi tiga disiplin ilmu Islam yang saling melengkapi bagi membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dan berakhlak mulia.
Pemantapan Akidah
Mengukuhkan keimanan dan kepercayaan yang benar sebagai asas kehidupan Muslim
Kefahaman Fekah
Memahami dan mengaplikasikan hukum syariat Islam dalam kehidupan seharian
Ilmu Tasawuf
Membersihkan jiwa dan rohani bagi mencapai keikhlasan dalam beribadah
Peranan
Tujuan Program
Pelaksanaan Syariat Islam
Mendedahkan pelajar kepada pelaksanaan syariat Islam yang bersifat aplikasi dalam kehidupan
Pengisian Rohani
Membuka ruang untuk pengisian rohani bagi keseimbangan jiwa dan minda pelajar
Hasrat
Graduan Berketerampilan
Ilmu Agama & Akademik
Pelajar berketerampilan dalam kedua-dua bidang agama dan akademik secara seimbang
Benteng Dunia Global
Bersedia menghadapi cabaran kehidupan dunia global yang semakin kompleks
