Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Program Keagamaan

Program Bayanil Huda

Program Bayanil Huda bertujuan mengukuhkan ilmu agama seperti pemantapan akidah, kefahaman fekah serta kefahaman ilmu tasawuf di kalangan para pelajar ICYM. Program ini sebagai medium untuk pelajar mengetahui dengan lebih jelas mengenai pelaksanaan syariat Islam yang bersifat aplikasi di samping untuk membuka ruang pengisian rohani.

Melalui program ini, diharapkan akan dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dari sudut ilmu agama mahupun ilmu akademik yang menjadi benteng dalam menjalani kehidupan dunia global pada hari ini yang sangat mencabar.

Fokus Program

Tiga Teras Ilmu Agama

Program ini merangkumi tiga disiplin ilmu Islam yang saling melengkapi bagi membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dan berakhlak mulia.

Pemantapan Akidah Mengukuhkan keimanan dan kepercayaan yang benar sebagai asas kehidupan Muslim
Kefahaman Fekah Memahami dan mengaplikasikan hukum syariat Islam dalam kehidupan seharian
Ilmu Tasawuf Membersihkan jiwa dan rohani bagi mencapai keikhlasan dalam beribadah
Peranan

Tujuan Program

Pelaksanaan Syariat Islam Mendedahkan pelajar kepada pelaksanaan syariat Islam yang bersifat aplikasi dalam kehidupan
Pengisian Rohani Membuka ruang untuk pengisian rohani bagi keseimbangan jiwa dan minda pelajar
Hasrat

Graduan Berketerampilan

Ilmu Agama & Akademik Pelajar berketerampilan dalam kedua-dua bidang agama dan akademik secara seimbang
Benteng Dunia Global Bersedia menghadapi cabaran kehidupan dunia global yang semakin kompleks