Objektif
- Pelajar dapat menimba pengetahuan secara teori dan juga mempraktikkan skil secara langsung dalam suasana kerja yang sebenar.
- Memberi pendedahan pembelajaran lebih menarik dan jelas tentang kandungan pembelajaran dengan alam pekerjaan yang sebenar.
- Memberi input yang lebih jelas tentang skop tugas, ruang kerja dan tanggungjawab yang bakal dilaksanakan sebagai pekerja dan melatih diri mempraktikkan budaya kerja secara positif.
- Kerjasama dengan industri membolehkan pelajar mendapat pendedahan kepada peralatan dan teknologi yang terbaharu dalam bidang pekerjaan.
Pengenalan
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) atau Work Based Learning (WBL) merupakan satu kaedah pembelajaran yang memberikan pengalaman besar kepada pelajar dan peluang yang lebih luas untuk menempatkan diri dalam bidang industri yang mereka ceburi.
KAYM telah mengambil inisiatif dalam menjalin kerjasama dengan 30 buah syarikat untuk melaksanakan kaedah pembelajaran yang mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan operasi kerja sebenar di industri.
Kaedah ini dijalankan melalui penempatan pelajar di tempat kerja secara praktikal dan pemantauan bagi meningkatkan kompetensi pelajar. Ia sekali gus dapat mengurangkan jurang perbezaan pemahaman antara teori yang dipelajari di institusi pendidikan dengan praktikal di tempat kerja sebenar.