Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Misi & Visi
KAYM komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan global yang berdaya saing, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi dunia moden.
🎯
Misi
Menyediakan pendidikan berkualiti dan melatih warga global agar dapat meningkatkan daya saing di persada antarabangsa.
🌍
Visi
Menyediakan pendidikan antarabangsa yang diiktiraf di dalam ekonomi global.
Pendidikan Bertaraf Global
KAYM terus memperkukuh kecemerlangan akademik, pembangunan pelajar dan kolaborasi strategik bagi memastikan graduan yang dilahirkan memiliki kompetensi profesional, kemahiran insaniah dan kebolehpasaran tinggi selaras dengan keperluan industri global.
