Sekolah Teknologi

Diploma Teknologi Elektrik

Melahirkan graduan yang kompeten dalam sistem elektrik, pemasangan, penyelenggaraan serta keselamatan elektrik bagi memenuhi keperluan industri tenaga dan pembangunan moden.

3 Tahun MQF Tahap 4 WBL – Pembelajaran Berasaskan Kerja R3/522/4/0004 (05/2026) A 6861
6+ Laluan Kerjaya
4 Semester Pengajian
1 Tahun Latihan Industri
MQA Pengiktirafan Penuh
Perihal Program

Membentuk Profesional Bidang Teknologi Elektrik

Diploma Teknologi Elektrik adalah program selama tiga tahun yang menggabungkan dua tahun pengajian di kolej dan satu tahun Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) di industri. Program ini menyediakan pelajar dengan asas kukuh dalam teori dan amalan teknologi elektrik, meliputi reka bentuk, penciptaan, serta anggaran kos kerja elektrik.

Pelajar akan didedahkan kepada penggunaan peralatan ujian, perlindungan pemasangan elektrik, serta pengendalian peralatan industri dan sistem pengedaran bekalan elektrik. Latihan intensif di bengkel pendawaian elektrik memberikan pengalaman praktikal dalam pemasangan, pemeriksaan, dan penyelenggaraan sistem elektrik.

Di samping itu, program ini merangkumi kemahiran dalam pengurusan kawalan kuasa dan penyeliaan kerja elektrik, memastikan graduan mampu memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang. Dengan pengetahuan teknikal dan pengalaman praktikal yang menyeluruh, graduan bersedia untuk membina kerjaya yang berjaya dalam bidang teknologi elektrik moden.

MQR SEMAK
Akreditasi Program — Malaysian Qualifications Register Program ini telah didaftarkan dan diiktiraf dalam MQR di bawah Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semak status akreditasi penuh program ini secara rasmi.
MQA Diiktiraf MQF Tahap 4 Semak MQR →
Kelebihan Program

Mengapa Pilih Diploma Teknologi Elektrik ICYM?

Kurikulum Relevan Industri

Sukatan pelajaran dirangka bagi memenuhi keperluan industri elektrik semasa, termasuk asas litar elektrik, pemasangan, penyelenggaraan dan sistem kuasa.

🛠️

Kemahiran Praktikal

Pelajar didedahkan kepada latihan amali dan kerja bengkel bagi membina kemahiran teknikal dalam pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan sistem elektrik.

🔌

Pendedahan Teknologi Elektrik

Program ini memberi pendedahan kepada sistem pendawaian, mesin elektrik, kawalan motor, keselamatan elektrik dan aplikasi teknologi dalam industri moden.

📋

Penekanan Keselamatan Kerja

Pelajar dilatih memahami prosedur keselamatan, standard kerja dan amalan profesional yang penting dalam pengendalian sistem serta peralatan elektrik.

💼

Peluang Kerjaya Luas

Graduan berpeluang menceburi bidang seperti juruteknik elektrik, penyelenggaraan bangunan, kawalan industri, pendawaian, sistem kuasa dan sokongan teknikal.

🎓

Laluan ke Pengajian Lanjutan

Program ini menyediakan asas kukuh untuk pelajar menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Elektrik atau bidang berkaitan.

Senarai Kursus

Struktur Program Pengajian

01ISU-ISU KEKELUARGAAN ISLAM / HUBUNGAN INSAN
02MATHEMATICS FOR TECHNOLOGY
03INTRODUCTION TO COMPUTER SYSTEM
04ENGINEERING SCIENCE
05ANALOGUE ELECTRONIC 1
06WORKSHOP TECHNOLOGY
07KOKURIKULUM
08KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL / BAHASA KEBANGSAAN A
09SAFETY AND HEALTH
10CIRCUIT THEORY 1
11ANALOGUE ELECTRONIC 2
12DIGITAL SYSTEMS
01PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT BERINTERGRITI / BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1
02ENGLISH FOR BUSINESS COMMUNICATION
03CIRCUIT THEORY 2
04COMPUTER PROGRAMMING
05ENGINEERING SOFTWARE
06BASIC ENTREPRENEURSHIP
07ELECTRICAL MOTOR CONTROL
08MICROCONTROLLER
09ELECTRICAL MACHINE
10AUTOCAD
01ELECTRICAL WIRING SYSTEM
02ELECTRICAL MEASUREMENT AND MAINTENANCE
03INDUSTRIAL TRAINING
Syarat Kemasukan

Lulus SPM atau yang setaraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya kredit dalam tiga (3) mata pelajaran

Lulus STPM atau yang setaraf

Memiliki Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 SKM) yang diiktiraf atau setaraf

Lulus sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 SKM) yang diiktiraf

Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal/Kemahiran (Tahap 3 SKM) yang diiktiraf

Prospek Kerjaya
Juruteknik Elektrik Juruelektrik Industri Penyelia Elektrik Juruteknik Penyelenggaraan Pembantu Jurutera Elektrik Juruteknik Pemasangan Sistem Elektrik Juruteknik Pengeluaran Penyelia Tapak Projek Elektrik

Bersedia untuk Memulakan Kerjaya Elektrik Anda?

Daftar sekarang dan kuasai kemahiran dalam sistem elektrik moden untuk industri yang semakin berkembang. Tempat adalah terhad bagi setiap sesi kemasukan.

Hubungi kami +606 281 7732
E-mel informasi@icym.edu.my
Lokasi Melaka