TINTA KETUA EKSEKUTIF


KETUA EKSEKUTIF

HAJI WAN AHMAD KAMIL BIN WAN EMBONG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya dan seluruh warga Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung laman web ini. Dalam dunia maklumat tanpa sempadan masa kini, laman web ini amat penting sebagai saluran rasmi untuk menyalurkan pelbagai maklumat terkini mengenai kolej, kegiatan pelajar dan kemudahan yang disediakan.

KAYM mula beroperasi pada tahun 1997 dan telah melahirkan ramai graduan dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah IPT yang telah lama bertapak di persada pendidikan tinggi negara, KAYM amat komited melahirkan graduan berkualiti bagi mengisi permintaan industri sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. 

Program-program pengajian yang ditawarkan menepati kehendak industri masa sekali gus menyedia dan melengkapkan para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan terkini agar dapat mengharungi cabaran dalam era perubahan global dan melahirkan modal insan negara bertaraf profesional, berkaliber dan cemerlang.

Di KAYM kami memberi jaminan bahawa program-program akademik yang ditawarkan memenuhi mutu dan standard yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).Sistem pendidikan Malaysia telah bergerak maju dari kaedah tradisional iaitu pembelajaran di dalam bilik kuliah ke pembelajaran berasaskan tempat kerja.

Terkini, KAYM mengambil satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL) kepada program-program yang ditawarkan. Melalui WBL, pendekatan pembelajaran adalah dengan menggunakan tempat kerja sebenar atau real-life work experience sebagai medium ilmu dan pengetahuan dalam pembelajaran. Sehubungan itu, pelajar KAYM memiliki nilai tambah pengalaman bekerja sebenar yang mengabungkan pembelajaran di institusi selama 2 tahun sahaja manakala bekerja di industri selama 1 tahun.

KAYM telah bekerjasama dan menandatangani Perjanjian Persefahaman @ MoU bersama lebih 30 syarikat terpilih dalam pelbagai bidang seperti perhotelan, perkilangan, penyiaran, pendidikan yang akan bertindak sebagai pemangkin menyediakan platform industri bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program WBL ini.

Alhamdulliah pada tahun ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan tawaran penajaan Program Dermasiswa B40 kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pengajian di KAYM. Sehubungan itu, KAYM telah dikenal pasti pihak JPA untuk melaksanakan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 bagi program Diploma Teknologi Animasi, Diploma Teknologi Media dan Diploma Teknologi Multimedia.

Menuntut ilmu adalah wajib bagi seluruh umat manusia kerana tanpa ilmu manusia tidak akan tahu bagaimana untuk mengemudi hidup di dunia ini. Di KAYM kami sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang mencari-cari destinasi bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Saya yakin anda akan jadi yang TERBAIK bersama KAYM.

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat memberi panduan yang berguna kepada semua pengunjung  memperoleh maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisien. Kami akan sentiasa memastikan portal ini mengandungi maklumat terkini yang dapat memberi input dan manfaat kepada semua. 

Sekian, terima kasih.