School of Business and Hospitality Management (SBHM) ditubuhkan bagi menyediakan ruang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran perniagaan, hospitaliti, sukan, kulinari dan pengurusan penerbangan selaras dengan perkembangan pesat industri perkhidmatan dan ekonomi digital negara.

Bidang-bidang di bawah SBHM sentiasa berkembang dan memerlukan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi permintaan industri. Sejajar dengan keperluan ini, SBHM mengambil langkah proaktif dengan menawarkan program-program diploma yang relevan, terkini dan diiktiraf industri.

Antara kelebihan SBHM ialah pembelajaran yang menekankan latihan amali, projek industri, dan pengalaman dunia sebenar melalui pelaksanaan kaedah pembelajaran yang menggabungkan 60% amali dan 40% teori. Program-program di SBHM turut dijalankan secara Work-Based Learning (WBL) bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran yang memenuhi standard industri serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kolej, selain menjalani latihan industri mengikut struktur program masing-masing bagi memberi pengalaman sebenar dalam persekitaran kerja profesional. Para pensyarah terdiri daripada tenaga pakar yang berpengalaman dalam industri, memastikan pelajar menerima latihan berkualiti dan relevan.

Graduan SBHM juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta setelah tamat pengajian.

Program Ditawarkan