SEKOLAH TEKNOLOGI PENERBANGAN DAN AERONAUTIK
School of Aviation & Aeronautics Technology telah diasaskan pada tahun 2011. Fokus utama adalah untuk melahirkan pekerja mahir bagi memenuhi keperluan industry penerbangan yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Industri pengurusan penerbangan dan pembaikan, penyelenggaraan serta baik pulih pesawat dikenal pasti sebagai industry yang membangun dan boleh menjadi inspirasi untuk memacu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Bagi memastikan graduan mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan pasaran, SAAT turut menjalinkan Kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB), Batik AIR, Sapura Aerohandler Sdn Bhd, Brahim Sdn Bhd dan lain-lain untuk menempatkan pelajar bagi menjalani Latihan industri. Dengan Kerjasama pihak Syarikat, kompetensi gaduan terjamin sebelum melangkah kea lam pekerjaan kelak. Kemudahan fizikal untuk kerja amali adalah yang paling komprehensif berbanding dengan organisasi yang lain. Pensyarah terdiri daripada gabungan muda dan berpengalaman dalam industri. Pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti/kolej selepas tamat pengajian atau mendapatkan lesen Lesen Penyelenggaraan Pesawat -Jurutera CAAM Bahagian 66 Kategori B1.1 dan Kategori A1