Sekolah Media Kreatif & Sains Sosial

Diploma Teknologi Multimedia

Melahirkan graduan yang kreatif dan teknikal dalam pembangunan multimedia, reka bentuk interaktif, grafik digital serta aplikasi media berasaskan teknologi terkini.

3 Tahun MQF Tahap 4 WBL – Pembelajaran Berasaskan Kerja R4/0211/4/0053 (02/2029) A 4731
6+ Laluan Kerjaya
4 Semester Pengajian
1 Tahun Latihan Industri
MQA Pengiktirafan Penuh
Perihal Program

Pembangunan Aplikasi Multimedia Interaktif

Diploma ini memberi penekanan kepada pembelajaran dalam bidang seni sebagai asas utama untuk penghasilan karya seni kreatif digital. Program ini melibatkan pelbagai aspek seni digital, termasuk elemen dan prinsip reka bentuk, rekaan grafik, pengiklanan, pembangunan laman web, "motion graphic", animasi 3D, aplikasi multimedia interaktif, serta penyuntingan audio dan video. Pelajar akan didedahkan dengan teknik dan perisian terkini yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan karya seni digital yang profesional dan inovatif.

Program ini direka untuk memenuhi perkembangan pesat media digital, yang kini menjadi keperluan penting dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam bidang pemasaran, hiburan, dan komunikasi visual. Pelajar berpeluang menguasai kemahiran teknikal yang relevan, seperti penggunaan perisian reka bentuk dan animasi, serta meningkatkan kreativiti mereka dalam menghasilkan produk media digital yang menarik.

Dengan pengetahuan yang mendalam dalam seni digital, graduan akan bersedia untuk bersaing dalam industri kreatif yang semakin berkembang, termasuk dalam bidang pengiklanan, reka bentuk grafik, animasi, dan pembangunan laman web.

MQR SEMAK
Akreditasi Program — Malaysian Qualifications Register Program ini telah didaftarkan dan diiktiraf dalam MQR di bawah Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semak status akreditasi penuh program ini secara rasmi.
MQA Diiktiraf MQF Tahap 4 Semak MQR →
Kelebihan Program

Mengapa Pilih Diploma Teknologi Multimedia ICYM?

💻

Kurikulum Kreatif & Relevan Industri

Sukatan pelajaran dirangka selaras dengan keperluan industri multimedia, merangkumi reka bentuk grafik, pembangunan web, animasi, video digital dan komunikasi visual.

🎨

Kemahiran Praktikal Digital

Pelajar didedahkan kepada latihan amali menggunakan perisian dan teknologi multimedia bagi menghasilkan kandungan kreatif secara profesional.

📱

Pendedahan Pelbagai Platform

Program ini memberi pendedahan kepada pembangunan kandungan untuk pelbagai platform seperti web, aplikasi mudah alih, media sosial dan media interaktif.

📋

Pembangunan Kreativiti & Inovasi

Pelajar digalakkan menghasilkan idea kreatif, reka bentuk inovatif dan penyelesaian visual yang menarik dalam bidang multimedia.

💼

Peluang Kerjaya Luas

Graduan berpeluang menceburi kerjaya sebagai pereka grafik, pembangun web, penghasil video, pereka multimedia atau pencipta kandungan digital.

🎓

Laluan ke Pengajian Lanjutan

Program ini menyediakan asas kukuh untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Multimedia, Komunikasi Visual, Teknologi Kreatif atau bidang berkaitan.

Senarai Kursus

Struktur Program Pengajian

01English 1
02Kursus Integrasi Dan Anti Rasuah
03Isu-Isu Kekeluargaan Islam (MUSLIM)
04Hubungan Insan (NON MUSLIM)
05Bahasa Kebangsaan A.
06Komunikasi Visual
07Asasi llustrasi Digital
08Rekabentuk Periklanan
09Ko-Kurikulum
10Rekabentuk Papan Cerita
11Rekabentuk Vektor
12Pemikiran Kreatif
13Rekabentuk Rekaletak Digital
14Produksi Audio
01Penghayatan Etika dan Peradaban
02Rekabentuk Imej Digital
03Rekabentuk Animasi 2 Dimensi
04Fotografi Digital
05Rekabentuk Pengarangan Multimedia
06Rekabentuk Video Digital
07English 2
08Amalan Profesional Industri Kreatif
09Rekabentuk & Pembangunan Web
10Rekabentuk 3D
11Rekabentuk Animasi Grafik
12Asas Keusahawan
01Latihan Industri
02Pembangunan Multimedia
03E-Media
Syarat Kemasukan

Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU

Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU

Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU

Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

DAN Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.

Prospek Kerjaya
Pereka Multimedia (Motion Effects, Audio/Video) Pereka 3D Pereka Sesawang Pereka Grafik Penerbit Desktop Jurugambar Digital Pereka dalam bidang pengiklanan, bidang produksi “New Media‟ dan bidang ICT

Bersedia untuk Memulakan Kerjaya Multimedia Anda?

Daftar sekarang dan terlibat dalam dunia multimedia kreatif yang penuh peluang dan inovasi. Tempat adalah terhad bagi setiap sesi kemasukan.

Hubungi kami +606 281 7732
E-mel informasi@icym.edu.my
Lokasi Melaka