KAYM telah menjalinkan kolaborasi dengan pihak industri dan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara sejajar dengan misi dan visi ke arah menyediakan peluang pendidikan bertaraf global. Kolaborasi ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam program yang sama seperti ditawarkan oleh universiti tersebut. KAYM menjalin program kerjasama dengan universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program Kerjasama UTM-KAYM menawarkan kursus:

Diploma

  1. Diploma Teknologi Pengurusan
  2. Diploma Perakaunan
  3. Diploma Sains Komputer

Ijazah

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
  2. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)