DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
Diploma ini diperkenalkan untuk menyahut seruan kerajaan selaras dengan perkembangan sektor perindustrian negara iaitu bagi mengeluarkan tenaga mahir khususnya dalam bidang elektronik. Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang teknologi elektronik industri seperti Hidraulik & Pneumatik, Programmable Logic Controller (PLC) dan sebagainya.
Kursus ini juga memberi penekanan kepada aspek pemasangan, pengujian dan penyelenggaraanperalatan serta sistem elektronik industri, bagi membolehkan pelajar mendapat pekerjaan dalam bidang terbabit serta melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
SYARAT KEMASUKAN
- LULUS SPM atau yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) KREDIT, atau
- LULUS STPM atau yang setaraf, atau
- Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 SKM) yang diiktiraf atau setaraf, atau
- Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran (Tahap 3 SKM) yang diiktiraf atau setaraf.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS (PELAJAR ANTARABANGSA)
- Memperolehi Test of English as a Foreign Language (TEOFL) 500 atau International English Language Testing System (IELTS) 5.0 atau yang setaraf.
PROSPEK KERJAYA
- Juruteknik
- Penyelia
- Pembantu Jurutera (khusus di dalam bidang industri pembuatan dan penyelenggaraan)
Permohonan Atas talian (online)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN