DIPLOMA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Diploma ini memberi penekanan pembelajaran bidang seni sebagai tunjang utama penghasilan karya seni kreatif digital. Pelajar didedahkan kepada elemen dan prinsip reka bentuk, rekaan grafik, pengiklanan, pembangunan laman web, “motion graphic”, animasi 3D, aplikasi multimedia interaktif, dan penyuntingan audio/video. Kursus ini adalah bersesuaian dengan perkembangan media yang menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Pelajar-pelajar Diploma Teknologi Multimedia ini juga berpeluang mengikuti program Industrial @ Campus di ICYM Studios yang terletak di Cyberjaya. Lawati ICYM Studios.
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus SPM dengan minimum TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran, atau setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum SATU (1) Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum SATU (1) Gred Maqbul dalam mana-mana matapelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Memiliki Sijil SKM Level 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: Institusi Pendidikan akan menjalankan tapisan dan menyediakan panduan kursus yang spesifik); ATAU
- Memiliki Sijil (LEVEL 3, MQF) dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lain-lain kelayakan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- DAN
- Lulus Temuduga ATAU Penyerahan Portfolio pelajar yang ditentukan oleh institusi Pendidikan.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS (PELAJAR ANTARABANGSA)
- Memperolehi keputusan minimum Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET) atau yang setaraf.
PROSPEK KERJAYA
- Pereka Multimedia (Motion Effects, Audio/Video)
- Pereka 3D
- Pereka Sesawang
- Pereka Grafik
- Penerbit Desktop
- Jurugambar Digital
- Pereka dalam bidang pengiklanan, bidang produksi “New Media‟ dan bidang ICT
Permohonan Atas talian (online)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN