MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PENYELENGARAAN PESAWAT

Program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat direka untuk melatih pelajar dalam penyelenggaraan, pembaikan pesawat, dan komponennya, selaras dengan keperluan industri penerbangan moden. Sepanjang tempoh 3 tahun atau 6 semester, pelajar akan mendalami pengetahuan mengenai sistem dan struktur pesawat, operasi, serta teknik penyelenggaraan yang komprehensif.

Program ini menekankan aspek teori dan praktikal, memastikan pelajar memahami prosedur penyelenggaraan pesawat secara menyeluruh. Latihan intensif yang diberikan melibatkan simulasi dunia sebenar dan pendedahan kepada peralatan terkini, membolehkan graduan memasuki industri penerbangan, organisasi penyelenggaraan, serta stesen pembaikan pesawat dengan keyakinan.

Seiring pertumbuhan pesat sektor penerbangan di peringkat tempatan dan global, program ini menyediakan graduan dengan kemahiran teknikal, profesional, dan kecekapan untuk memenuhi standard industri. Graduan juga berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau menceburi pelbagai kerjaya berkaitan penerbangan, menjadikan program ini pilihan strategik untuk masa depan.

Program Diploma Teknologi Penyelengaraan Pesawat memberi tumpuan kepada menyediakan pelajar untuk melaksanakan tugasan penyelenggaraan dan pembaikan pesawat dan komponennya. Tempoh pengajian selama 3 tahun (6 semester) dan akan merangkumi semua aspek sistem dan struktur kapal terbang, operasi dan penyelenggaraan.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA TEKNOLOGI PENYELENGARAAN PESAWAT

  • LULUS SPM atau yang setaraf denganya dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam TIGA (3) mata pelajaran, termasuk Matematik, Bahasa Inggeris dan SATU (1) subjek sains /teknikal / vokasional, atau
  • LULUS Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Inggeris dan lulus dalam Matematik, dan SATU (1) mata pelajaran sains /teknikal / vokasional yang berkaitan di peringkat SPM, atau
  • Sijil yang diiktiraf dalam Teknologi Pesawat / Kejuruteraan atau yang setaraf dengannya.

PROSPEK KERJAYA

Jurutera Penyelenggaraan Pesawat

Pemeriksa Keselamatan Penerbangan

Teknikal Sokongan Penyelenggaraan

Penyelaras Penyelenggaraan

SENARAI KURSUS

Tahun 1

Aviation English
Mathematics
Physics
Fundamental Of Electrical Engineering
Isu-Isu Kekeluargaan Islam
Hubungan Insan
Electronic Fundamental
Digital Techniques
Material & Hardware
Material Engineering
Kursus Integrasi Dan Anti Rasuah

Tahun 2

Aircraft Maintenance Practice
Workshop Maintenance Fundamental
Basic Aerodynamic
Basic Human Factor
Penghayatan Etika & Peradaban
Pertahanan Awam
Turbine Aeroplane Aerodynamic & Structure
Turbine Aeroplane System 1
Turbine Aeroplane System 2
Basic Air Legislation
Piston Engine
Project Management

Tahun 3

Gas Turbine Engine Fundamental
Gas Turbine Engine System
Propellers
Final Year Project
Industrial Training

AKTIVITI PELAJAR

PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN