MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL
Diploma Pengurusan Hotel direka untuk memberi pelajar asas pengetahuan, kemahiran praktikal, dan pengalaman industri dalam bidang hospitaliti serta pengurusan hotel. Program ini meliputi pelbagai aspek penting, termasuk operasi pejabat hadapan, pengurusan rumah tangga, pengurusan makanan dan minuman, pemasaran hospitaliti, perkhidmatan pelanggan, serta asas kewangan dan perakaunan.
Pelajar dilatih untuk menguruskan operasi harian hotel dengan efisien, memberi perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi, dan memahami strategi pemasaran yang berkesan dalam industri hospitaliti. Penekanan juga diberikan kepada aspek pengurusan kewangan, memastikan kelancaran operasi dan pencapaian sasaran kewangan hotel.
Selain itu, pendedahan industri yang komprehensif, termasuk latihan praktikal, memberikan pelajar pengalaman langsung yang berharga dalam persekitaran hotel sebenar. Dengan kemahiran teknikal, pengurusan, dan perkhidmatan pelanggan yang kukuh, graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan merebut peluang dalam sektor hospitaliti yang terus berkembang.
SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setara dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian
PROSPEK KERJAYA
Pengurus Hotel – Mengurus operasi harian hotel, memastikan kepuasan pelanggan, dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Penyelia Meja Hadapan (Front Office Supervisor) – Menguruskan penerimaan tetamu, tempahan bilik, dan perkhidmatan pelanggan.
Penyelaras Acara (Event Coordinator) – Merancang dan mengurus acara seperti persidangan, seminar, dan majlis perkahwinan.
Pengurus Makanan dan Minuman (F&B Manager) – Menguruskan operasi restoran, katering, dan bar dengan memastikan standard kualiti makanan dan perkhidmatan dipatuhi.
Eksekutif Jualan dan Pemasaran – Menyediakan strategi pemasaran untuk menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada.
Penyelia Rumah Tangga (Housekeeping Supervisor) – Memastikan kebersihan, penyelenggaraan, dan operasi rumah tangga hotel berjalan lancar.
Usahawan – Memulakan perniagaan sendiri dalam sektor hospitaliti seperti restoran, inap desa (homestay), atau perkhidmatan katering.
SENARAI KURSUS
Tahun 1
Isu Isu Kekeluargaan Islam
Hubungan Insan
English I
Food Safety and Sanitation
Introduction to Hospitality and Tourism Industry
Theory of Food
Information Technology in Hospitality
Bahasa Kebangsaan A
Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR)
English II
Principles of Accounting
Principles of Management
Basic Cookery
Business Ethic
Tahun 2
Penghayatan Etika & Peradaban
Business Communication in Hospitality Industry
Personal Development
Human Relations & Supervision in Hospitality
Food and Beverage Management
Marketing for Hospitality and Tourism
CO-CURICULUM
Entreprenuership Development
Event Management
Principles of Hospitality Law
Room Division management
Food and Beverage Cost Control
Tahun 3
Commercial Kitchen (WBL)
Food and Beverage Operations (WBL)
Front Office Management (WBL)
Housekeeping Operation (WBL)