MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA KEUSAHAWANAN HAJI DAN UMRAH
Diploma in Hajj and Umrah Entrepreneurship (DHE) ditawarkan untuk melahirkan usahawan mutawwif yang profesional dan kompeten dalam industri Haji dan Umrah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan usahawan Muslim dalam bidang ini, dengan menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang luas dalam aspek bimbingan ibadah Haji dan Umrah, serta aspek perniagaan yang berkaitan.
Modul yang ditawarkan merangkumi pelbagai topik, termasuk pengurusan, pemasaran, kewangan, dan pengurusan perkhidmatan pelanggan, yang semuanya penting untuk kejayaan dalam industri ini. Dengan pendekatan holistik, program ini memberi tumpuan kepada pengembangan kemahiran usahawan dan kepimpinan, membolehkan pelajar untuk menguruskan perniagaan Haji dan Umrah dengan lebih cekap.
Graduan program ini akan dilatih untuk menjadi mutawwif yang kompeten dan usahawan yang berjaya dalam sektor Haji dan Umrah, serta siap menghadapi cabaran dan peluang dalam industri yang semakin berkembang ini..
SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA KEUSAHAWANAN HAJI DAN UMRAH
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam mana-mana 3 mata pelajaran, atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan, dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
- Mana-mana kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3, Rangka Kerja Kelayakan Malaysia, MQF).
PROSPEK KERJAYA DIPLOMA KEUSAHAWANAN HAJI DAN UMRAH
Mutawwif
Pembantu Pengurus Jemaah Umrah
Junior Executive Umrah
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Usahawan
Penolong Pegawai Pentadbiran
Konsultan
Penolong Pengurus
Pembantu Khidmat Pelanggan dan Operasi di syarikat travel umrah.
SENARAI KURSUS
Tahun 1
Isu-Isu Kekeluargaan Islam
Bahasa Kebangsaan A
Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Pelajar Antarabangsa)
Arabic 1
Aqidah Islamiyyah
Principles of Marketing
Principles of Management
Small Business Management
Arabic 2
Usul Fiqh
Computer Application in Business
Basic Islamic Entrepreneurship
Organizational Behavior
Tahun 2
Kursus Intergrasi Dan Anti Rasuah
English for Communication
Fiqh of Hajj and Umrah
Principles of Accounting
Creativity and Innovation in Entrepreneurship
Islamic Economic System
Penghayatan Etika dan Peradaban (Pelajar tempatan)
Falsafah dan Isu Semasa (Pelajar antarabangsa)
Hajj and Umrah Management in Malaysia
Business Plan
Fiqh Muamalat
Financing For Entrepreneurs
Human Resource Management
Tahun 3
Business Law
Fiqh of Al-Ibadah – Jurisprundence of Worship
Technopreneurship
Digital Marketing Services
Final Year Project
Industrial Training
KEISTIMEWAAN PROGRAM
- Program yang mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA).
- Kerjasama dengan industri umrah seperti Tiram Travel Sdn. Bhd.
- Berpeluang menimba pengalaman menguruskan jemaah umrah di KLIA bersama mutawwif.
- Menjalani Latihan Industri di syarikat travel haji dan umrah.
AKTIVITI PELAJAR
PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN