MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Diploma Bimbingan dan Kaunseling ini direka untuk menyediakan graduan dengan kemahiran dan teori kaunseling yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, serta membantu mereka memahami tanggungjawab sosial dalam profesion menolong. Pelajar dilatih untuk merancang, mengurus, dan melaksanakan aktiviti berkaitan bimbingan dan kaunseling, sambil menguasai teknik dan pendekatan yang relevan untuk menangani pelbagai isu individu dan kumpulan.

Program ini memberi pengetahuan mendalam mengenai aplikasi ilmu dalam situasi kaunseling sebenar, serta asas kemahiran menolong yang berfokus kepada penyelesaian masalah. Pendekatan yang digunakan adalah logik, kreatif, dan analitikal, membolehkan graduan menangani masalah secara holistik dan efektif. Selain itu, program ini memupuk kemahiran komunikasi efektif, yang penting untuk membantu individu berkomunikasi dengan jelas dan penuh empati.

Pelajar juga digalakkan untuk menjadi responsif dan adaptif terhadap perubahan dalam masyarakat dan konteks kaunseling yang pelbagai, serta mengembangkan kemampuan untuk meneruskan pembelajaran kendiri dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling yang diberikan.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran dan lulus dalam Matematik dan Sains di peringkat SPM; atau
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

PROSPEK KERJAYA

Pembantu Pegawai Psikologi
Pembantu Kaunselor
Pembantu Pegawai Anti-Dadah
Pembantu Pegawai Kebajikan Masyarakat
Pembantu Pegawai Pembangunan Masyarakat
Perundingcara/ Penasihat Kerjaya
Penceramah Bebas/ Berdaftar/ Motivator
Guru
Konsultan
Fasilitator
Penulis Buku Motivasi

    SENARAI KURSUS

    Tahun 1

    English 1
    Isu-isu Kekeluargaan
    Hubungan Insan
    Perkembangan Kendiri
    Perkembangan Manusia Seumur Hidup
    Komunikasi Interpersonal
    Falsafah Dan Prinsip Bimbingan & Kaunseling
    Asas Psikologi
    Persatuan Bulan Sabit Merah
    Asas Kerja Kelompok
    English 2
    Asas Komputer
    Kursus Integriti dan Anti Rasuah
    Bahasa Kebangsaan A
    Teori Kaunseling

    Tahun 2

    Penghayatan Etika dan Peradaban
    Teknik Kaunseling
    Pendidikan Penyalahgunaan Dadah
    Kaunseling Silang Budaya
    Sistem Kekeluargaan
    Permuafakatan Dengan Komuniti
    Pendidikan Penyalahgunaan Dadah
    Penyelewengan Sosial
    Bimbingan Dan Kaunseling Kerjaya
    Kaunseling Individu
    Etika Kaunseling
    Psikologi Sosial

    Tahun 3

    Kerja Sosial
    Kaunseling Kelompok
    Etika Sosial
    Kertas Projek
    Ujian dan Pengukuran dalam Bimbingan dan Kaunseling
    Praktikum

    AKTIVITI PELAJAR

    PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

    PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN