Apa itu D2A Program ?
Program D2A direka bagi melahirkan graduan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Program ini menggabungkan pengajian AKADEMIK MODEN dengan ILMU ISLAM yang kukuh, bagi membentuk individu yang bukan sahaja berkemahiran dalam bidang profesional, tetapi juga berakhlak mulia dan berlandaskan nilai-nilai Islam.
Kurikulum program ini merangkumi kursus teras akademik seperti komunikasi, teknologi maklumat, keusahawanan dan pengurusan, di samping pengajian Islam seperti al-Quran dan al-Sunnah, akidah, fiqh, sirah nabawiyyah, serta pemikiran Islam kontemporari. Pendekatan pembelajaran menekankan keseimbangan antara teori dan amali melalui kuliah, latihan industri, dan aktiviti kokurikulum Islamik.
- Beragama Islam
- Boleh membaca, mengira dan menulis
- Lulus SPM/SPMV
- 3 Kredit SPM
- Lulus SKM
2 tahun di ICYM.
1 tahun di industri.
- JURUTEKNIK (ELEKTRIK).
- JURUELEKTRIK.
- KONTRAKTOR ELEKTRIK.
- JURUTEKNIK (ELEKTRONIK).
- JURUTERA KAWALAN KUALITI (QC).
- INDUSTRI TELEKOMUNIKASI.
- CHEF / JUNIOR CHEF.
- PENGURUS RESTORAN.
- FOOD STYLIST.
- HOTEL & HOSPITALITI.
- PEREKA GRAFIK (GRAPHIC DESIGNER).
- EDITOR VIDEO & MULTIMEDIA.
- PENGIKLANAN & PEMASARAN.
