Program Bayanil Huda merupakan satu program dibuat atas tujuan mengukuhkan ilmu-ilmu agama seperti pemantapan akidah, kefahaman fekah serta kefahaman ilmu tasawuf di kalangan para pelajar ICYM. Program ini juga bersifat sebagai medium untuk pelajar ICYM mengetahui dengan lebih jelas mengenai perlaksanaan syariat Islam yang bersifat aplikasi di samping untuk membuka ruang pengisian rohani.
Melalui program ini, diharapkan akan dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dari sudut ilmu agama mahupun ilmu akademik yang menjadi benteng dalam menjalani kehidupan dunia global pada hari ini yang sangat mencabar.