MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA KEUSAHAWANAN HAJI DAN UMRAH

DIPLOMA KEUSAHAWANAN HAJI DAN UMRAH ditawarkan bertujuan untuk melahirkan seorang usahawan mutawwif yang profesional dan kompeten. Selain itu, dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan usahawan Muslim dalam industri Haji dan Umrah.

Modul yang dirangka bukan sahaja merangkumi aspek bimbingan ibadah haji dan umrah semata-mata, malah menekankan pengetahuan mengenai perniagaan, pengurusan serta pemasaran yang memfokuskan kepada industri haji dan umrah. Maka, program ini memberi kesediaan yang baik kepada para pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan sebagai Mutawwif dan usahawan yang berjaya.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA KEUSAHAWANAN HAJI DAN UMRAH

  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam mana-mana 3 mata pelajaran, atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan, dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  • Mana-mana kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3, Rangka Kerja Kelayakan Malaysia, MQF).

PROSPEK KERJAYA DIPLOMA KEUSAHAWANAN HAJI DAN UMRAH

Mutawwif

Pembantu Pengurus Jemaah Umrah

Junior Executive Umrah

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Usahawan

Penolong Pegawai Pentadbiran

Konsultan

Penolong Pengurus

Pembantu Khidmat Pelanggan dan Operasi di syarikat travel umrah.

SENARAI KURSUS

Tahun 1

Isu-Isu Kekeluargaan Islam
Bahasa Kebangsaan A
Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Pelajar Antarabangsa)
Arabic 1
Aqidah Islamiyyah
Principles of Marketing
Principles of Management
Small Business Management
Arabic 2
Usul Fiqh
Computer Application in Business
Basic Islamic Entrepreneurship
Organizational Behavior

Tahun 2

Kursus Intergrasi Dan Anti Rasuah
English for Communication
Fiqh of Hajj and Umrah
Principles of Accounting
Creativity and Innovation in Entrepreneurship
Islamic Economic System
Penghayatan Etika dan Peradaban (Pelajar tempatan)
Falsafah dan Isu Semasa (Pelajar antarabangsa)
Hajj and Umrah Management in Malaysia
Business Plan
Fiqh Muamalat
Financing For Entrepreneurs
Human Resource Management

Tahun 3

Business Law
Fiqh of Al-Ibadah – Jurisprundence of Worship
Technopreneurship
Digital Marketing Services
Final Year Project
Industrial Training

KEISTIMEWAAN PROGRAM

  1. Program yang mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA).
  2. Kerjasama dengan industri umrah seperti Tiram Travel Sdn. Bhd.
  3. Berpeluang menimba pengalaman menguruskan jemaah umrah di KLIA bersama mutawwif.
  4. Menjalani Latihan Industri di syarikat travel haji dan umrah.

AKTIVITI PELAJAR

PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN