SEKOLAH PENGURUSAN PERNIAGAAN
Sekolah Pengurusan Perniagaan (SBM) ditubuhkan khusus untuk melahirkan tenaga profesional samada dalam bidang perakaunan, pemasaran, keusahawanan, sistem kewangan Islam mahupun bidang-bidang lain yang berkaitan dan bersesuaian dengan prospek kerjaya pada masa hadapan. Menjurus kepada pembinaan karisma dan profesionalisme, aspek-aspek yang dititikberatkan adalah dari segi pembinaan kurikulum yang sejajar dengan hasrat KAYM amnya dan sekolah khususnya dengan mengambil kepentingan dan permintaan industri.
Antara kelebihan sekolah ini adalah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kaedah kuliah, tutorial dan juga amali. Para pensyarahnya terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman di dalam industri dan juga bidang yang berkaitan. Para pelajar juga akan menjalani latihan praktikal bagi mendedahkan mereka dengan persekitaran kerjaya sebenar.
Kebanyakan para pelajarnya memperoleh pekerjaan dan menjadi usahawan selepas menamatkan latihan industri.Pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPTA/IPTS selepas tamat pengajiannya.