SEKOLAH PENGKOMPUTERAN DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
Sekolah Pengkomputeran dan Teknologi Kejuruteraan (SCET) merupakan sekolah terbaru yang diperkenalkan dalam struktur Bahagian Pembangunan Akademik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM). Walaupun sekolah ini baru dilancarkan pada Januari 2017, namun SCET pada dasarnya merupakan hasil dari penggabungan Sekolah Teknologi Maklumat (SIT) dan Sekolah Teknologi Perindustrian (STP) yang berpengalaman mengelolakan program kendalian KAYM
Selari dengan objektif penubuhannya, SCET berusaha untuk menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk pelajar dan menyediakan mereka untuk pasaran pekerjaan mengikut keperluan industri. Untuk itu, kurikulum pembelajaran sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) beserta bimbingan dari panel akademik dan panel industri yang dilantik.
Sepanjang tempoh pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan teori dan kerja-kerja makmal yang menumpukan pada perancangan, penganalisaan, dan merekabentuk sesuatu sistem. Pensyarah-pensyarah dari sekolah ini juga dipilih khusus berdasarkan kelayakan dalam kluster masing-masing untuk membantu dan membimbing pelajar dalam prestasi akademik mereka.