MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN (ODL)
Diploma Perakaunan (ODL) ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta. Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang luas dalam bidang perakaunan kewangan, perakaunan kos, kewangan, percukaian, pengauditan, ekonomi, pengurusan, undang-undang dan teknologi & sistem maklumat.
Pelajar akan mempelajari penyediaan set penuh akaun untuk organisasi kecil dan sederhana di samping pendedahan dalam penggunaan perisian perakaunan berkomputer. Selepas tamat program ini, graduan meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan dan kewangan di peringkat separa profesional. Lulusan diploma ini juga berpeluang melanjutkan pelajaran dan latihan sehingga layak sebagai akauntan profesional.
SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERAKAUNAN (ODL)
- LULUS SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA(3) KREDIT dalam mana-mana matapelajaran termasuk MATEMATIK ATAU PRINSIP AKAUN serta LULUS BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK ; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
PROSPEK KERJAYA
Penolong Pegawai Kewangan
Penolong Juruaudit
Penolong Akauntan
Usahawan
SENARAI KURSUS
Tahun 1
English 1
Principles of Marketing
Isu-Isu Kekeluargaan Islam/Etika dan Moral
Financial Accounting 1
Computer Application in Accounting
Principles of Management
Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal/Bahasa Kebangsaan A
English 2
Financial Accounting 2
Business Mathematics
Principles of Microeconomics
Bulan Sabit Merah
Tahun 2
Penghayatan Etika dan Peradaban/ Falsafah dan Isu Semasa
Business Communication Skill
Financial Accounting 3
Cost Accounting
Accounting Information System
Principles of Macroeconomics
Management Accounting
Financial Management
Financial Accounting 4
Taxation 1
Corporate Business Law
Business Statistic
Tahun 3
Audit
Islamic Finance System
Taxation 2
Partnership and Company Law
Basic Entrepreneurship
Industrial Training
PELAJAR KAMI
PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN