MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN (ODL)

Diploma Perakaunan (ODL) ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta. Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang luas dalam bidang perakaunan kewangan, perakaunan kos, kewangan, percukaian, pengauditan, ekonomi, pengurusan, undang-undang dan teknologi & sistem maklumat.

Pelajar akan mempelajari penyediaan set penuh akaun untuk organisasi kecil dan sederhana di samping pendedahan dalam penggunaan perisian perakaunan berkomputer. Selepas tamat program ini, graduan meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan dan kewangan di peringkat separa profesional. Lulusan diploma ini juga berpeluang melanjutkan pelajaran dan latihan sehingga layak sebagai akauntan profesional.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERAKAUNAN (ODL)

  • LULUS SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA(3) KREDIT dalam mana-mana matapelajaran termasuk MATEMATIK ATAU PRINSIP AKAUN serta LULUS BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK ; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PROSPEK KERJAYA

Penolong Pegawai Kewangan

Penolong Juruaudit

Penolong Akauntan

Usahawan

PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN