DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
Diploma Teknologi Elektrik ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukkan pengetahuan membuat dan merekabentuk serta anggaran kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan peralatan ujian dan perlindungan pepasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan.
Disamping itu, lulusan Diploma Teknologi Elektrik juga membuat pemasangan, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem pneumatik / elektropneumatik dan sebagainya.
SYARAT KEMASUKAN
- LULUS SPM atau yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) KREDIT, atau
- LULUS STPM atau yang setaraf, atau
- Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 SKM) yang diiktiraf atau setaraf, atau
- Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran (Tahap 3 SKM) yang diiktiraf atau setaraf.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS (PELAJAR ANTARABANGSA)
- Memperolehi Test of English as a Foreign Language (TEOFL) 500 atau International English Language Testing System (IELTS) 5.0 atau yang setaraf.
PROSPEK KERJAYA
- Juruteknik
- Juruteknik Kanan
- Pembantu Jurutera
- Penyelia Projek (Kerja-kerja pemantauan, penyeliaan, pembaikan kerosakan, pemasangan litar dan peralatan elektrik serta perancangan bersistematik projek elektrik)
Permohonan Atas talian (online)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN