MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN
Program Diploma Pengurusan Sukan ini dirangka khusus untuk mempersiapkan pelajar yang berminat dalam kerjaya pengurusan sukan, pengurusan kelab sukan, pemasaran, promosi sukan, atau menjalankan perniagaan dalam bidang sukan. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mendalam mengenai teori pengurusan sukan, kewangan, tajaan, pemasaran, serta aspek undang-undang dalam sukan. Selain itu, kursus ini juga merangkumi pengurusan acara sukan yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sukan berskala besar.
Program ini menyediakan asas yang kukuh bagi pelajar untuk memahami selok-belok industri sukan yang berkembang pesat, memberi mereka keupayaan untuk menguruskan organisasi sukan, merancang strategi pemasaran, serta melaksanakan promosi sukan dengan berkesan. Pelajar juga akan diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran pengurusan, kepimpinan, dan komunikasi yang diperlukan dalam sektor ini. Dengan latihan praktikal dan teori yang menyeluruh, graduan akan bersedia untuk menyertai pasaran kerja dalam pelbagai aspek industri sukan, dari pengurusan acara hingga pengurusan kelab sukan profesional.
SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam 3 mata pelajaran atau kelayakan yang setara dengannya; atau
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelulusan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan yang setara dengannya; atau
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia, KKM) dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan sekurangkurangnya 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau
- Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) yang setara dengannya; atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
PROSPEK KERJAYA
- Pengurus Acara Sukan / Kelab Sukan / Pusat Kecergasan / Pusat Rekreasi
- Pentadbiran Sukan
- Penolong Pegawai Sukan
SENARAI KURSUS
Tahun 1
Isu-Isu Kekeluargaan Islam (Muslim)
Hubungan Insan (Non-Muslim)
Bahasa Kebangsaan A
Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Pelajar Antarabangsa)
Introduction to Sports Management
History and Philosophy of Sport
Computer Application in Business
Sport Entrepreneurship
Professional English
Kursus Integrasi dan Anti-Rasuah
English for Communication
Managing Sport Technology
Organizational Behavior
Sport Marketing
Tahun 2
Penghayatan Etika dan Peradaban (Pelajar tempatan)/
Falsafah dan Isu Semasa (Pelajar antarabangsa)
Co – Curriculum
Leadership Management in Sports
Sport Sponsorship
Principles of Economics
Sport Event Management
Sport Facilities Planning
Sport Ethics
Sport Risk Management
Principles of Accounting
Tahun 3
Sport Psychology
Human Resource Management in Sports
Sport Public Relation Theory and Practice
Legislation In Sport
Sport Finance
Industrial Training
AKTIVITI PELAJAR
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN