Warga ICYM mengalu-alukan kedatangan 80 pelajar Tingkatan 5 & 4 serta guru-guru pengiring dari SMK Bandar Seri Alam, Masai Johor hari ini. Lawatan sambil belajar ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang kerjaya dan program-program yang ditawarkan ICYM.

Para pelajar amat teruja apabila melawat bengkel serta makmal akademik dan ICYM TVET Centre selain diberi taklimat berkaitan program ICYM.

Semoga lawatan kerjaya ini memberikan inspirasi dan impak positif bagi mereka untuk merancang masa depan selepas SPM nanti.

“Industry Based Higher Learning Institution”