Berita

PROICYM

PROICYM

Khamis, 31 Mac 2022 04:23

YM Bazar 1.0 ICYM Meriah❤️

Program Young Metier @ YM Bazar 1.0 berjaya menonjolkan sifat kepimpinan, kerja berpasukan dan bakat keusahawanan di kalangan pelajar ICYM.
Ini selaras dengan matlamat Sekolah Pengurusan Perniagaan untuk memberi pendedahan ilmu keusahawanan dan perniagaan. Program awal Young Métier merangkumi program Talking Titan, Business Management Canvas (BMC) dan program Webinar Perniagaan bersama pihak SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
YM Bazar 1.0 dimeriahkan dengan aktiviti pelbagai jualan makanan, minuman dan lain-lain mengikut kreativiti sekolah masing-masing untuk menjana keuntungan. Apabila ditanya berkenaan program ini, rata-rata menyatakan ianya bagus dan boleh diperbesarkan lagi pada masa akan datang.
Majlis penutupan disempurnakan Ketua Eksekutif ICYM, Tuan Haji Wan Ahmad Kamil.
PELUANG PEKERJAAN ANDA BERMULA DI ICYM.
Tawaran KURSUS & PRAKTIKAL dalam bidang pekerjaan masa kini.
+BOLEH BEKERJA SELEPAS TAMAT KURSUS
+MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI
+UPGRADE SKILL LEVEL
PENGINAPAN DISEDIAKAN PERCUMA
Selasa, 15 Mac 2022 02:15

SELAMAT MENGUNDI ICYM❤️

SELAMAT MENGUNDI ICYM❤️
Buatlah Pilihan yang tepat
ICYM mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua pelajar sempena Hari Pembuangan Undi bagi Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar ICYM Sesi 2022/2023.
Adalah diharapkan program ini dapat menyuburkan semangat demokrasi dalam pilihan raya kampus bagi memilih pemimpin pelajar yang berwibawa. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi dalam memilih calon yang akan menjadi wakil anda nanti.
JOM TURUN MENGUNDI!
Selasa, 15 Mac 2022 02:08

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN AML ICYM

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN AML ICYM ?
Syabas kepada Iyzzat Yahya dan Sia Wie Hao yang telah berjaya mendapat Aircraft Maintenance Licence (AML) dan diiktiraf oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM). Anda adalah KEBANGGAAN kami warga ICYM.❤️
Bagi lepasan SPM yang berminat dalam bidang Aviation, untuk melayakkan diri sebagai Aircraft Maintenance Engineer, mesti ada lesen khusus dalam bidang ini ye. Kerjaya yang menarik tapi juga gaji juga dikira lumayan!
Apa tunggu lagi jom belajar di ICYM.?

Laporan Berita ICYM❤️

"Majlis Konvokesyen ICYM ke-18 Dalam Suasana Norma Baharu"
- Metro Ahad 13 Mac 2022

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM❤️

Warga ICYM mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Semoga semua pelajar diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan menjawab soalan serta memperoleh kejayaan dan cemerlang dalam kehidupan.

Isnin, 14 Februari 2022 04:18

MAJLIS KONVOKESYEN ICYM KE 18❤️

Syabas dan Tahniah kepada para graduan ICYM yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing.
Hari ini kita berkongsi kejayaan graduan dan kegembiraan ibubapa sempena Majlis Konvokesyen ICYM ke 18 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.
TAHNIAH GRADUAN ICYM??
Isnin, 14 Februari 2022 00:44

MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN ICYM ❤️

MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN ICYM ❤️
Sekitar kemeriahan Majlis Makan Malam Graduan sempena Konvokesyen ICYM ke 18 bertempat Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Penampilan Khas penyanyi terkenal Ismail Izzani turut mengamatkan lagi majlis tersebut.
Semoga ini menjadi kenangan terindah buat semua graduan ICYM??

PENGUMUMAN RASMI

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Graduan Sempena Konvokesyen ICYM ke 18 akan diadakan pada 11 Februari 2022 di Tamu & Suites, Kuala Lumpur jam 8.00 malam.

Majlis khas untuk meraikan para graduan sekaligus merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara kita.

Semua Graduan ICYM Dijemput Hadir.❤️

PENGUMUMAN RASMI
Majlis Konvokesyen International College of Yayasan Melaka ke 18 akan berlangsung pada 12 Februari 2022 di Tamu & Suites, Kuala Lumpur.
Syabas para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang
TAHNIAH GRADUAN ICYM❤️

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1