Berita

PROICYM

PROICYM

Rabu, 26 Oktober 2022 09:14

Selamat Hari Deepavali❤️

Selamat Hari Deepavali❤️
Selamat menyambut hari deepavali bagi tahun 2022 kepada seluruh masyarakat hindu yang meraikanya.
Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan.
Happy Diwali?
TINGKAT KESEDARAN PENTINGNYA KHIDMAT KAUNSELING?‍?
Sempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaaan ICYM dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menganjurkan program Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat peringkat Negeri Melaka.
Programn bertujuan membudayakan kaunseling sebagai sistem sokongan masyarakat dan mempertingkatkan kesedaran umum terhadap kepentingan perkhidmatan kaunseling. Gambar-gambar sekitar kemeriahan program Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat 2022.
JOM BELAJAR DI ICYM❤️

TAHNIAH TOKOH IKON KORPORAT ISLAM

Dengan penuh takzim dan rasa bangga seluruh Warga ICYM mengucapkan setinggi- tinggi TAHNIAH kepada YBhg. Dato' Mohd Khay Ibrahim, Pengarah Urusan
Kumpulan Zikay Group merangkap Lembaga Pengarah ICYM
atas penganugerahan *Tokoh Ikon Korporat Islam*
Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1444H/2022M

Tahniah dan semoga terus cemerlang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Rabu, 21 September 2022 00:52

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022????
"Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman
Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua❤️
Khamis, 08 September 2022 06:17

“Hari Karikatur KAYM 2022”

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Unit Alumni & Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia (PEDUKAR) Pedukar dengan kerjasama School Of Media Technology & Art (SMART), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan menganjurkan Program Bersama Alumni : “Hari Karikatur KAYM 2022” pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 21 September 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : DK 1, KAYM
Penganjuran program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar KAYM tentang bidang karikatur dan memperkenalkan alumni KAYM yang berjaya dalam industri ini disamping memberi perkongsian serta ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Program yang akan berlangsung ini akan diisi dengan pameran & jualan produk karikatur, Demonstrari Lukisan Karikatur serta Bicara Kerjaya bersama alumni yang merupakan pemegang “The Malaysia Books Of Record” dalam bidang karikatur.
Semua pelajar KAYM dan mereka yang berminat dijemput hadir bagi memeriahkan “Hari Karikatur KAYM 2022” ini.
Sekian, Terima Kasih.
KEMASUKAN PELAJAR
PROGRAM IJAZAH KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)- SESI 2022
-Pembiayaan Tersedia (diuruskan)
-Penginapan & Pengangkutan sepanjang pengajian
Isnin, 01 Ogos 2022 05:51

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1444H

Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1444H
Warga Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1444H kepada seluruh umat Islam.
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan semangat hijrah Rasulullah SAW dengan sebaik-baiknya dan semoga hijrah kita akan dinilai dan diberi ganjaran.
Rabu, 20 Julai 2022 02:10

Sembang Santai E-Sport With Daddyhood

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Kelab Pelajar Stes (KPS), dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan menganjurkan sebuah program “Sembang Santai E-Sport With Dadyhood” pada 27 Julai 2022 di Auditorium Besar ICYM.
Program ini akan menjemput pengasas Homebois iaitu Daddyhood untuk bertemu dan bersemuka dengannya disamping berkongsi minat, ilmu dan hala tuju mereka dalam bidang E-sport.
Jom ramai-ramai kita sertai program ini bagi menyokong program yang dikelola oleh pelajar dan staf Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi no. yang tertera dalam paparan poster.
Sekian, terima kasih
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2022❤️
International College of Yayasan Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada. Semoga Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman dan penuh kegembiraan.
Mari kita jadikan Aidiladha tahun ini satu titik tolak untuk kita terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan menghayati nilai pengorbanan agar kita tergolong di kalangan hamba Allah S.W.T yang dirahmati.
Salam Aidiladha ❤️
Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu.
Elektronik berbeza dengan elektrikal dan elektrik mekanikal yang melibatkan penjanaan, pengagihan, pensuisan dan penyimpanan. Ianya juga menggunakan banyak peralatan seperti wayar, motor, generator, bateri, suis, transformer, perintang dan pelbagai komponen pasif.
Nak tahu lebih lanjut dalam bidang elektronik boleh sertai kami dalam Kursus Diploma Teknologi Elektronik Industri...
Jom sertai kami sekarang dan daftarlah di ICYM.
SCHOOL OF COMPUTING AND ENGINEERING TECHNOLOGY
✅ Diploma Teknologi Elektronik Industri
PENDAFTARAN Bagi Sesi 2022 DIBUKA SEKARANG!!!!!
Boleh terus isi borang di sini:
.
Info segera: 06 2817732
Kami sedia bantu adik-adik.

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1