Berita

PROICYM

PROICYM

Selasa, 21 Februari 2023 16:41

ANAK MUDA ICYM BENCI DADAH

AADK Negeri Melaka telah dijemput untuk mengadakan ceramah dan pameran antidadah bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar ICYM berkaitan najis dadah serta kesan dan akibatnya.

Program anjuran ICYM TVET ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan meningkatkan kesedaran tentang penyalahgunaan dadah. Melalui pameran ini, pelajar dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.

Diharap semoga semua pelajar mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

Suasana ceria sekitar penyampaian sijil kursus pembuatan pastri bagi pelajar Murid Berkeperluan Khas (MBK), 3 buah sekolah negeri Melaka. Majlis disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Melaka, Encik Md Aziz Haji Lani.

Program kerjasama ICYM dan Jabatan Pendidikan Melaka ini bertujuan meningkatkan kemahiran pastri dan skil masakan pelajar MBK dengan bimbingan tenaga pengajar terlatih.
Tahniah para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

Terima kasih kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Telok Mas Melaka sudi menerima kunjungan dari ICYM TVET.

Objektif program memberi pendedahan kepada pelajar ICYM berkaitan aktiviti tanggungjawab sosial @ CSR dan sekaligus meraikan anak-anak terpilih ini.

Justeru, lebih banyak lagi program CSR kepada komuniti akan diadakan lagi di masa akan datang.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"

Selamat Datang pegawai-pegawai dari UPSI yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad, Dekan FBK ke ICYM. Sesi Lawatan Audit ini dimulakan dengan sesi perbincangan ICYM sebagai Pusat Pembelajaran UPSI bagi program Master of Education in TESL. Seterusnya, sesi lawatan kemudahan-kemudahan dan fasiliti pembelajaran di ICYM

Terima kasih kepada pihak UPSI kerana sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ini dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan tinggi negara.

 

Isnin, 20 Februari 2023 04:46

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2022

Kepada semua pelajar tingkatan 5 2022 , warga ICYM mengucapkan Selamat Berjaya dan semoga mencapai kecemerlangan.
Diharap anda dapat menjawab dengan jayanya dan buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Ingatlah KEJAYAAN adalah hak milik setiap insan. Semoga anda dapat menempuh peperiksaan SPM dengan penuh ilmu di dada dan tenang menjawab soalan.

Ikhlas dari Warga ICYM

Pengurusan akademik ICYM telah mengadakan lawatan ke dua syarikat iaitu Red Circle Studio dan 84Animation Studio.
Matlamat lawatan memperkasa kurikulum pembelajaran berasaskan Work Based Learning (WBL) bagi keperluan industri dan meningkatkan jaringan kerjasama bersama industri.
Pendekatan WBL ini merupakan gabungan pembelajaran akademik dan pengalaman sebenar di tempat kerja.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"
 

Selamat Datang kepada pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke ICYM . Perjumpaan khas bersama pelajar-pelajar tajaan JPA ICYM antara lain bertujuan memantau perkembangan semasa pelajar di kampus.

Terima kasih pihak JPA sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga usaha-usaha murni ini akan meningkatkan lagi mutu pendidikan tinggi negara.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"

Selamat Datang pegawai-pegawai dari UniSZA yang diketuai oleh Dr. Zainab Hj Mohd Shafie, Ketua Pusat Sains Kejururawatan ke ICYM. Sesi Audit ini dimulakan dengan sesi perbincangan bagi cadangan penawaran program Diploma Sains Kejururawatan UniSZA. Seterusnya, sesi lawatan kemudahan-kemudahan dan fasiliti pembelajaran di ICYM

Terima kasih kepada pihak UniSZA kerana sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ini dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan tinggi negara.

-KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)-
TAWARAN KEMASUKAN PENGAJIAN DIPLOMA DENGAN KERJASAMA UTM / DIPLOM ICYM SESI 2023 KINI DIBUKA
Permohonan pengajian peringkat DIPLOMA / A-LEVEL / SIJIL
Mohon secara online :
Khamis, 03 November 2022 01:23

MAJLIS PENYERAHAN PERANTI SISWA ICYM

MAJLIS PENYERAHAN PERANTI SISWA ICYM?️?️
Seramai 428 pelajar ICYM menerima bantuan peranti siswa di bawah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Dengan pemberian bantuan peranti siswa ini, dapat menjadi pemangkin kepada penerima untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
Gambar-gambar sekitar kemeriahan Majlis Penyerahan Peranti Siswa ICYM yang berlangsung hari ini.
JOM BELAJAR DI ICYM❤️

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1